Assalamu'alaikum,  hai... 
Petang tadi, masa temankan Alia dan Ain bermain di laman rumah...  Tetiba teringatkan arwah nenek, sebaik sahaja mataku terpandang bunga mem yang dia tanam 13 tahun lepas...  Allahu Akhbar,  bunganya mekar cantik sekali. Betapa suburnya dalam jagaan my mom. Satu dalam berpuluh jenis bunga di laman yang menggamit kenangan. Tetiba mata masuk habuk... Lalu, ku capai handphone di atas meja... Dan snap gambar bunganya. Cantik kan bunganya?  

Nama ssbenar kelentit mem
Hasil gambar menggunakan handphone Oppo A37

Actually, bunga ni mak kata...  Namanya bunga kelen**t mem. Entah!  Daripada mana asal nama tu pun Fiza tak tau. Bila google,  nama tu terkenal di Sarawak je. So,  Fiza terpanggil untuk carik jugak nama sebenar bunga tersebut... Sambil layan episod 3 megadrama tak ada cinta sepertimu,  sambil tu jugaklah Fiza cuba cari di internet... Mula-mula guna carian biasa...  Tak jumpa-jumpa.  At last,  Fiza guna kuasa google image.  Alhamdulillah, jumpa jugak nama sebenar bunga kelen**t mem. 

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan di laman sweetiesaqi.blogspot.my... Nama sebenar bunga kelen**t mem adalah Crown of Thorns atau Bunga Mahkota atau nama saintifiknya euphorbia mili. Hurmm...  Lebih kurang sama je namanye kan?  Maybe fizikal bunga tersebut kot...  Menyebabkan lahirnya nama tu. 

Dah terjawab... So,  Fiza nak panggil nama bunga tu mahkota je... Lagi cantik... Secantik bunganya. Actually,  bunga mahkota ni seperti bunga kaktus...  Banyak duri, tersilap pegang... Boleh tercedera jari dibuatnya. Namun,  ia sangat mudah untuk ditanam. Just potong batang, terus boleh tanam. Then, sangat senang dijaga dan tahan lama. Bayangkan 13 tahun dah arwah nenek tinggalkan kami...  Sampai sekarang bunga mahkota tersebut masih subur berbunga. 

Orang tua kata, getah pada bahagian batangnya boleh digunakan untuk mengubati sengatan binatang. Just sapu pada bahagian sengatan dengan getah bunga mahkota... Sejauh mana kebenarannya...  Wallahu'alam. 


0 Comments