Assalamu'alaikum,  hai... 
Bunga kertas kacukan di laman rumah | terjebak blogwalking di blog Warisan Petani, tengok gambar bunga yang hari-hari dia upload... Membuatkan Fiza terpanggil nak berkongsi jenis-jenis bunga di laman rumah. Haha... Kan Fiza kata, bila blogwalking... Kekadang entri kengkawan pun boleh menjadi inspirasi buat kita untuk hasilkan entri. That why,  sekarang ni... Fiza cuba merajinkan diri untuk blogwalking jika ada masa terluang. In Shaa Allah, pada yang selalu berkunjung ke blog Fiza... Jika Fiza lambat balas jejak tu... Harap fahamla ye... Tapi,  In Shaa Allah... Akan Fiza balas balik jejak korang. 

Bunga kertas kacukan

Ok!  Berbalik kepada cerita Fiza... Salah satu jenis bunga yang mak suka tanam ialah bunga kertas kacukan ni. Sangat cantik... Seriously. Bila tengok bunga, seolah-olah ia memberi ketenangan buat diri. Maybe sebab tu kot orang suka tanam bunga. Betul tak? 

Bunga pink muda putih ni dah lama mak tanam. Cantik kan? Ramai jugak jiran mintak. Alhamdulillah,  mak tak jual pun... Sebaliknya sedekahkan je. Seronok berkongsi minat katanya. 

Nak jaga bunga kertas takdelah susah mana... Yang penting struktur tanah untuk tanam pokok bunga kertas kenalah sesuai... Then, kena letak di tempat pencahayaan yang telus... Dan siram mengikut routine... Tapi, takdelah kena siram setiap hari... Tengok cuaca jugaklah.

Fiza ada jugak tanya mak... Macam mana nak kacukan bunga kertas?. Mak kata dari dahan yang muda... Tapi untuk bunga yang Fiza kongsi ni... Memang dah siap dikacukkan time mak beli beberapa tahun lepas. Ada banyak lagi jenis bunga mak tanam... Termasuklah bunga orkid. In Shaa Allah, ada masa Fiza share tau. 

Apa-apa pun... Happy lunch hour? Korang masak apa untuk lunch hari? 

Bye...

#bungakertaskacukan

2 Comments

  1. cantiknya combination colour pada bunga tu , jarang - jarang sekali dapat tengok .

    btw ccl baru follow sini , salam perkenalan

    ReplyDelete
  2. Teringin pulak nak tanam pokok bunga kertas ni

    ReplyDelete