Bersedekahlah walaupun sedikit

Assalamu'alaikum, hai...

Kebaikan bersedekahh

Pepagi memasukkan input positive di minda dengan harapan ia mampu membawa aura positif sepanjang hari.

Untuk menjadi insan yang terbaik bukanlah mudah. Namun, andai kita senantiasa mencari jalan untuk memperbaiki diri menjadi yang lebih baik. In Shaa Allah, Allah pasti memudahkan setiap urusan kita.

Dari kecik, Arwah nenek selalu mengingatkan tentang amalan sedekah. Katanya... Kalau nak tunggu kaya, baru nak bersedekah... Alamatnya, kita tak akan bersedekah. Sampai sekarang Fiza masih ingat akan kata-katanya.

Bila kita bersedekah walaupun sedikit, tapi ikhlas... In shaa Allah, kebaikannya amatlah besar. Antaranya... Bersedekah akan mengundang rezeki berlipat ganda. Dengan bersedekah...Ia mampu menghilangkan keresahan di hati sekali gus membuatkan kita berasa tenang dan gembira. Wallahu'alam... Semoga kita mendapat barakah dalam kehidupan. Aamiin...


Bersedekahlah walaupun sedikit Bersedekahlah walaupun sedikit Reviewed by fiza linolie on March 10, 2018 Rating: 5

3 comments:

  1. Setuju. Walaupun sikit bersedekahlah sebab kuasa sedekah sangat sangat ajaib. Bila kita berkira untuk bersedekah,in shaa Allah rezeki kita bertambah luas

    ReplyDelete
  2. betul2
    banyak keberkatannya tu :)

    ReplyDelete