11 tahun menunggu | satu jangka masa yang sangat panjang. Fiza pun turut terharu melihat video majlis Aqiqah Siti Aafiyah Binti Khalid, puteri sulung Dato' Siti yang lahir 7 hari yang lepas. Akhirnya, Dato' Sri Siti Nurhaliza Binti Tarudin memiliki zuriat sendiri selepas 11 tahun menunggu. Siapa kita untuk mempertikaikan rahsia Allah right. Allah tak kan zalim dengan hambanya.

Siti Aafiyah Binti Khalid
Kredit : Kuuk

Maksud di sebalik nama Siti Aafiyah
Aafiyah membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, menjadi sihat dan mempunyai wang yang cukup. Indah sungguh makna di sebalik namanya kan. Apa-apa pun, tahniah buat Dato' Sri Siti Nurhaliza dan suami. Semoga Siti Aafiyah menjadi anak solehah buat ibu dan ayahnya. Aamiin...

For those yang belum ada rezeki punyai zuriat sendiri. Bersabarlah. Banyakkan doa... Allah pasti tak kan zalim dengan hambanya. Abaikan suara-suara sumbang yang sering melontarkan persoalan tentang anak kepada kita... Anggap je dorang prihatin... In Shaa Allah... Kita akan selalu chill. Hehe... Cakap senangla kan... Bila dah lalui... Entah boleh ke tidak nak hadap. Betul tak. Tapi, kita ada Allah tempat mengadu... Allah Maha mendengar. Mintalah pada DIA yang satu.

Wallahu'alam...

#SitiAafiyah
#AafiyahKhalid
#anakperempuansiti