Assalamu'alaikum, hai...
Tips melipat pakaian dengan mudah dan sekaligus menjimatkan masa dan tenaga | Allahu Akhbar, rutin melipat pakaian... Satu-satunya rutin harian yang rata-ratanya kaum hawa terasa malas nak buat... Terutamanya bila dah kepenatan. Betul tak? Even, bergelar surirumah tangga sepenuh masa pun... Same things, ada masa terasa malas untuk melipat pakaian.

Kredit : facebook.com

Well, malas-malas pun, kena jugak hadap. Tak kan nak tunggu menggunung pakaian, baru nak melipat. Kan?

Nak cepat habis melipat pakaian tanpa rasa jemu... Kena ada kaedahnya. So, untuk entri kali ni... Fiza nak share jugaklah beberapa kaedah yang mungkin kita boleh praktikkan bersama semasa melipat pakaian... Agar dapat meminimumkan masa yang kita ada. Antaranya adalah... 

ASINGKAN PAKAIAN
Pertama, cepat-cepat angkat pakaian dari ampaian dan asingkan mengikut umur ke... Jantina ke. Terpulang. Tapi, kalau Fiza... Pakaian Fiza dan encik suami, Fiza masukkan satu bakul. Ain dan Alia... Masukkan satu bakul yang lain. If ada mak bapak di rumah... Pakaian dorang Fiza asingkan satu bakul lagi. That why, masa angkat pakaian di ampaian... Sampai 3 bakul Fiza bawak. Pakaian yang rasa-rasanya perlu penyangkut dan di masukkan terus dalam almari pun, Fiza asingkan awal-awal before angkat pakaian lain... So, banyak masa dan tenaga dapat dijimatkan di situ.

MELIPAT SAMBIL MENONTON
Masa untuk melipat pulak... Mestilah masa menonton rancangan kegemaran. Biasanya, Fiza akan lipat kain time anak-anak dah tidur. Cuma weekend jela selalu libatkan Alia. Jadinya, time tengok megadrama je... Fiza set time untuk melipat pakaian. Seriously, sambil menonton... Sambil melipat pakaian... Memang syokkk... Tak perasan. Top-top pakaian dah habis dilipat... Tak menyempat nak mengeluh 😂

Tu, antara teknik yang Fiza praktikkan untuk menjimatkan masa dan tenaga semasa melipat pakaian.

LAUNDY ADJUSTABLE FOLDING BOARD
Tapi kan... Fiza ada jugak usha kot-kot ada produk yang boleh membantu kerja-kerja melipat pakaian ni. Ternyata... Ada dua jenis produk yang cukup praktikal dan efisien. Salah satu daripadanya, laundry adjustable folding board. Di mana sangat sesuai digunakan untuk melipat pakaian orang dewasa dengan sangat kemas.

Kredit : www.tokopedia.com

Tak nak beli, boleh je DIY sendiri mengunakan cardboard, seperti di dalam video berikut. Senang kan... Tak perlu keluarkan duit sangat... Then, kita boleh buat ikut saiz pakaian yang sedia ada di rumah. Nanti bolehla try DIY.



MESIN MELIPAT PAKAIAN FOLDIMATE
Lagi satu, mesin dibuat khas untuk melipat pakaian. Iaitu Foldimate... Dijangka berada di pasaran pada tahun 2019 dengan harga ribuan ringgit. Hurmmm... Orang kaya bolehlah beli untuk memudahkan kerja-kerja maid dorang. Golongan pertengahan seperti kami... Mana mampu nak membeli. Hanya mampu berangan jelah. Tapi, In Shaa Allah... Kalau ada rezeki, apa salahnya kita memiliki. Betul tak? 

Kredit : www.awaludinjordan.com

Zaman dah maju... Tak mustahil satu hari nanti, semua kerja rumah akan diambilalih oleh robot. Teringat pulak video Dr. Sheikh Musazphar kongsikan di instagram beliau... Tak silap di Oversea... Lupa pulak kat mana... Di mana sebuah hotel menggunakan robot sebagai pelayan tetamu untuk menunjukkan arah bilik. 

Tu dari sudut teknologi...

Dari segi perkhidmatan pulak, ada jugak yang open service untuk melipat pakaian. Hurmmm... Bagi kaum hawa yang bekerja, maybe service sebegini amatlah di cari-cari right. Ada je page di fb yang buat service lipat kain. Kalau nak... Search je guna kata kunci "service lipat kain" atau "service lipat pakaian"... Nak lagi spesifik... Search terus service lipat kain area mana... Mudah right.

Kredit : www.surayasulatin.blogspot.com

Tapi, kalau surirumah sepenuh masa seperti Fiza... Memang tak perlukan service lipat kain semua tu. Hehe... Cuma perlu pandai manage aktiviti melipat pakaian jela... Agar masa dan tenaga dapat dijimatkan.

Secara kesimpulannya... Saban hari manusia inginkan rutin harian mereka dipermudahkan. Dengan adanya teknologi sedemikian rupa... Diharap kualiti kehidupan kita semakin baik. Semoga apa yang Fiza kongsikan harini memberi manfaat buat semua. Aamiin...


0 Comments