Tempoh masa untuk menyiapkan tempahan kait

Assalamu'alaikum, hai...
Tempoh masa untuk menyiapkan tempahan kait | Sambil menulis blog, Fiza jugak ambik tempahan kait. Jika ada yang berminat, boleh go throught instagram fiza_crochet ya. 

Alhamdulillah, setelah setahun berlalu... Tak sangka ianya mendapat tempat di hati para ibu di seluruh Malaysia. Setakat ni, paling banyak tempahan... Datangnya dari negeri Selangor. 😊

Setiap jenis item, masa yang diambil adalah tidak sama. Paling cepat siap dalam masa dua hari... Dan paling lambat pun 8 hari. Biasanya, sweater baby dan blanket je yang mengambil masa 7 ke 10 hari

One set blanket dan snowcap kait baby boy

One set blanket dan topi baby girl


Contohnya, last week Fiza dapat tempahan one set sweater, topi dan kasut untuk baby girl berumur 6 hingga 12 bulan. So, fiza estimated masa untuk siapkannya dalam tempoh 12 hari. Alhamdulillah, siap on time seperti yang telah dijanjikan.

Tempahan kait murah

Comel kan? Warna pilihan pelanggan ni memang menarik. Sangat sesuai untuk baby

Ok, Fiza harap... Jelas ye berkaitan tempoh masa untuk Fiza siapkan order. So far, setakat ni... Tak pernah lagi over due tarikh penghantarannya. Fiza faham, kalau dah beli online... Mesti tak sabar nak tunggu order sampai right. Jangan risau, I'm trusted seller...

Baiklah, info yang Fiza nak sampaikan pun dah siap. Rasanya, setakat ni jelah kot entri untuk kali ni. Ada masa, Fiza update lagi... Yang penting, korang tak jemu nak singgah sini. Hehe...

Tempoh masa untuk menyiapkan tempahan kait Tempoh masa untuk menyiapkan tempahan kait Reviewed by fiza linolie on February 24, 2018 Rating: 5

2 comments:

  1. Alahai comel comel je semua.rajin ya mengait

    ReplyDelete
  2. Comelnya, berapa kos dia ni. Nanti nak terjah lah ig fiza

    ReplyDelete