Assalamu'alaikum,  hai... 
Tempahan Kek Bajet RM20 Seloyang, Rezeki Jumaat | Alhamdulillah, semalam dapat call dari customer tetap Fiza... Nak tempah 2 loyang kek simple bajet RM20 katanya...


So, semalam sambil layan megadrama lafazkan kalimah cintamu... Fiza siapkan tempahan dia. Actually, setiap kali ada event makan-makan... Dia mesti order kek dengan Fiza. Tak pernah miss. Sedap sangat ke... Kek Fiza buat, sampaikan berpuluh kali dia repeat order. Ekekeke... Sedaplah tu. Kalau tak, tak kan nak repeat order right. Sila muntah hijau dengan statement Fiza pepagi yang dah angkat bakul sendiri. Haha... Takde maknanya nak riak. Ada orang... Berpuluh ribu order masuk. Apa ada pada order Fiza... Dua loyang je pun. Kan? 

Sambil bungkuskan kek pagi ni... Tetiba teringat scene Tutty dengan Kak Bung dalam megadrama semalam. Kalau takde watak dorang... Fiza rasa... Hambar jugak plot dramanya. Betul tak? Lagi-lagi part Kak Bung try rambut palsu Tengku Aqilah semalam... Sempoi gila... Haha. 

Hilang stress tengok drama dorang. Bekerja keras urat muka dek kerana gelak sakan... Suami sebelah pun berjemaah gelak. Haha... Walaupun hakikatnya dia seperti chipmore melayan. 

Apa-apa pun, salam Jumaat all. Semoga harini lebih baik daripada semalam 😄