Assalamu'alaikum, hai...
Korang layan tak megadrama lafazkan kalimah cintamu... Jam 10 malam di Astro Ria? Next week dah episod akhir... Tak sabar nak tunggu kesudahan ceritanya.


Berdasarkan BAB 84 dan BAB 85 dalam novel, kalau korang baca... Boleh nangis dibuatnya. Semalam episod 26 pun, dah rasa sedih dah tengok perangai Tengku Rayyan layan Qila... Apatah lagi, episod seterusnya.

Based on novel, bab 84 dan 85... Qila sakit... Sakit barah, namun dalam masa yang sama... Dalam perutnya ada satu nyawa tengah berkembang. Di saat Qila melahirkan anaknya, Qila menghadapi kompilasi jantung dan menurut doktor... Seperti tiada harapan untuk hidup... Propa kan... Saja nak suruh pembaca rasa ingin terus tahu akan kesudahannya. Macam dalam drama jugak... Penonton rasa tertunggu-tunggu dengan next episod.

Well, dramaaaa sangat...
Dalam bab 85, dengan kuasa Allah... Qila sembuh dan hidup bahagia dengan keluarganya. Tapi seriously, kalau baca dua bab tersebut... Menangis jugakla dibuatnya. Hurmmm... Biasalah... Drama orang melayu, mana mungkin tamat dengan kesedihan. Kena terima fakta tu... Kan?

Apa-apa pun, enjoy your life... Tengok drama biarlah kita ambik benda yang elok sebagai teladan... Selebihnya, doakan diri kita agar sentiasa dilindungi yang MAHA ESA. Wallahu'alam...

Lafazkan kalimah cintamu


0 Comments