Siapa nak dimadukan?

Assalamu'alaikum, hai... 
Siapa nak dimadukan? | Allahu Akhbar, soalan perit untuk dijawab. Kalau Fiza, seriously... Memang tak nak dimadukan. Teringat akan episod akhir drama kekasih paksa rela semalam... Akhirnya, Rosnaida mintak diceraikan. Katanya dia percaya Adham mampu untuk berlaku adil, tapi dia tak percayakan dirinya... Adakah dia mampu untuk hidup bermadu. 

Kredit : www.ikahwin.my

Yelah... Kalau nak hidup bermadu, kena totally dah bersedia fizikal dan mental. Kena redha akan segala yang bakal berlaku. Takde manusia yang perfect di dunia ni... Tapi kita sentiasa ada ruang dan peluang untuk jadi yang terbaik. Nama pun manusiakan, masing-masing ada pilihan dan setiap pilihan... Ada kesannya... Dan kena bertanggungjawablah dengan apa yang dah berlaku. 

Suami mana tak carik lain, kalau bertahun-tahun ditinggalkan. Macam tu jugaklah kaum hawa. Susah sebenarnya hidup bermadu sekiranya takde redha dalam hati. Hari-hari mendatang pasti perit untuk dilalui. 

Pernah jugaklah melihat individu yang  hidup bermadu. Mulanya memang setuju untuk dimadukan. Cinta itu buta.  Bila dah ada anak duatigaempat orang... Mintak pulak diceraikan. Tu la... Harini memanglah kita kata... Ah! Bukan susah pun hidup bermadu... Tapi, esok lusa macam mana? Sudahnya anak-anak menanggung akibat penceraian. 

Before bersetuju untuk dimadukan... Fikirlah sehabis baik. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya... Yang penting, Kita kena bertanggungjawab ke atas keputusan yang telah kita buat. 

Lastly, jika tak nak dimadukan.... Terus-terang. That it's. Walaupun hakikatnya, berterus terang itu amat payah dan memeritkan. Kan? 

Soalan terakhir Fiza before out... Korang nak ke dimadukan?

Siapa nak dimadukan? Siapa nak dimadukan? Reviewed by fiza linolie on February 13, 2018 Rating: 5

3 comments: