DIA YANG MENULIS

Pizza homemade sangat mudah tapi sedap

Assalamu'alaikum, hai...
Pizza homemade sangat mudah tapi sedap | Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi... Kerana dengan izinNYA... Kita masih mampu bernafas untuk meneruskan rutin harian kita pada hari ni...

Bercakap pasal rutin harian, mana mungkin kita as a wife  boleh lari daripada rutin memasak. Kan? Ada saja yang kita nak masak dan makan tak kira masa dan tempat. That why, dek kerana keinginan yang amat... Semalam lepas layan drama kekasih paksa rela.... Terus ke dapur buat pizza. Tapi, belah siang dah siap beli dah bahan. Cuma tak tau bila nak membuatnya. 



Nak dijadikan cerita before buat tu... Google la jugak resepi dan resepi yang Fiza buat di ambil daripada laman www.ismailahmad.com... Namun, bila Fiza buat... Fiza ubah sedikit resepinya. Seriously, walaupun diubah... Hasilnya tetap sedap. Kalau tak... Tak mungkin encik suami boleh request buat lagi lepas ni. Hehehe... Anak-anak pun suka. Alhamdulillah...

So, ada ruang ni... Bolehlah Fiza kongsikan resepinya di sini. Nanti nak buat... If lupa boleh cari di blog sendiri.

Kredit: blog www.ismailahmad.com

DOH PIZZA
200g/2 cawan tepung gandum
200g/2 sudu kecil yis segera 
3g/1/2 sudu kecil garam 
5g/1 sudu kecil gula
10g/2 sudu besar minyak
1/2 cawan air suam untuk menguli

SOS PIZZA
1 labu bawang besar cincang halus
2 ulas bawang putih cincang halus
2 biji tomato cincang halus (Fiza tak letak)
2 sudu besar minyak masak
3 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato puri (Fiza tak letak) tapi tukar sos cili
3/4 sudu kecil gula
1 sudu kecil oregano (Fiza tak letak)

BAHAN TOPPING
Ayam dan Sosej ayam
Lada Benggala hijau dan kuning
Bawang besar, nenas 
Keju mozzarella dan chedar 

CARA MEMBUAT PIZZA HOMEMADE 
Firstly, tumiskan bahan sos hingga naik bau. Dah masak, biarkan sejuk. 

Dalam masa yang sama, bolehlah buat doh. Campurkan kesemua bahan doh. Uli dan rehatkan selama 30 minit. Then, tumbukan dan canaikan mengikut acuan yang kita mahu. Rehatkan 20 minit. Kemudian letakkan topping dan pasukan chedar di atasnya dan bakar selama 20 ke 30 minit dengan 200°F.

Dah siap masak, apalagi... Semua berebut-rebut nak merasa. Licin tak ingat dunia. Hahaha... Alhamdulillah, rezeki buat semua... Makan sambil layan drama lafazkan kalimah cintamu. Hehe... 

Post a Comment

0 Comments