DIA YANG MENULIS

Follow dan Unfollow di media sosial, pendapat mengenainya...

Assalamu'alaikum, hai...
Follow dan Unfollow di media sosial, pendapat mengenainya | Dunia masa kini, semakin ramai masyarakat yang celik teknologi... Tak kira peringkat umur. Malah, dalam setiap rumah... Hampir 90 peratus memiliki handphone termasuklah di kalangan kanak-kanak.

Setiap mereka yang memiliki handphone, pastinya juga memiliki akaun media sosial seperti Blog, Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya... Terutama bagi mereka yang menggunakan media sosial untuk menjana pendapatan.

unfollow
Kredit : www.appsakp.com

Nama pun media sosial, sudah pasti ia menjadi platform untuk kita follow rakan-rakan yang kita kenali mahupun tidak. Walaubagaimana pun, terdapat jugak function di media sosial yang membenarkan penggunanya untuk unfollow

Apa ye perasaan korang apabila di unfollow?

Kalau Fiza, ia subjektif untuk diperkatakan. Yelah! Ada jenis orang yang tak kisah pun dia di unfollow. Tapi, bagi orang yang berjiwa lembut... Agak terkilan jugaklah. Tak sampai sejam follow... Dah unfollow balik. Hurmm... Takde kerja ke... Rajin sangat nak follow, lepas tu unfollow balik. Apa ye alasan dorang buat sebegitu. Adakah mintak dibalas follow balik seperti hastag Instagram #follow4follow... Mungkinlah kot... Atau dorang saje je nak buat begitu... Ataupun content tak kena dengan jiwa.

Terpulanglah... Masing-masing ada hak untuk membuat pilihan.

Tapi bagi Fiza, sebelum nak follow sesuatu akaun di media sosial... Kebiasaannya, Fiza akan melihat content sesuatu akaun. If tak menarik minat, memang Fiza tak follow... Sebab apa, Fiza kalau dah follow memang totally akan terus follow... Memang takde dah nak unfollow. Itu pendirian Fiza. Lain orang, lain pendapat right. Cuma... Apa yang Fiza fikirkan... Ialah perasaan orang yang kita follow, lepas tu kita unfollow balik dalam beberapa minit. Hurmmm... 'Ngasak ati' bak kata orang Sarawak. Yelah... Korang happy tak bila follower bertambah. Lepas login balik akaun... Haippp! Berkurang pulak dah follower. Apa citer? Kan?

Apa-apa pun, dah menjadi kebiasaan di dunia alam maya... Follow dan unfollow adalah mainan penggunanya. Buat apa nak stress... Right? Nyahkan aura negative... But think positive. Chewah...

Korang pulak? Terkilan tak, kalau ada orang unfollow akaun media sosial korang?


Post a Comment

2 Comments

  1. Hehehe masa belajar dulu, ada je kawan yg unfollow akaun Mai. Kat kelas masih kawan mcm biasa. Mai ok je, mungkin dia tak suka tgk life kita sebab masalah hati dia sendiri, daripada dia mengumpat baik dia unfollow. Hahaha, eh ni kira husnuzon tak :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersangka baik jelah Mai. Hehe... Buat apa nak sakit hati kan. Masing2 ada hak nak follow ke x.

      Delete