Cara cepat ubati luka pada puting bila menyusukan anak

Assalamu'alaikum,  hai... 
Cara cepat ubati luka pada puting bila menyusukan anak | Seperti kebiasaan,  selepas Alia dan Ain tidur... Fiza akan check fb kejap. Kot-kot ada mesej yang belum berbalas... Komen yang terlepas pandang atau mana tau ada isu best untuk dijadikan bahan updated blog. 

Lately, tempahan kait tak banyak... So, ada jugak masa untuk updated blog. Kan? 


Nak dijadikan cerita ternampak satu soalan sorang ibu ni di group kelab ibu mengandung & berpantang pasal ada tak cara bagaimana nak ubati luka puting bila anak menyusu

Honestly, dua-dua anak Fiza menyusu badan dan setiap kali menyusu... Akan lalui fasa di mana puting mengalami luka-luka. Fuh! Mereka yang mengalami je tahu betapa sakitnya bila luka.

Namun, takde pulak terfikir nak guna ubatan di pasaran untuk mengubati luka tersebut. Sebaliknya, Fiza hanya mempraktikkan petua orang lama... Iaitu dengan hanya meletakkan susu yang anak kita hisap di kawasan luka. Alhamdulillah, kejap je baik. Lagipun,  Fiza jenis penakut... Kang letak ubat, walaupun dah cuci bersih... Still tinggalkan bau ubat... Niaya... Kang anak pulak tak nak menyusu dek kerana tercium bau ubat. Huhu... 

Sedikit perkongsian daripada Fiza. Good night everyone

Cara cepat ubati luka pada puting bila menyusukan anak Cara cepat ubati luka pada puting bila menyusukan anak Reviewed by fiza linolie on February 03, 2018 Rating: 5

No comments: