DIA YANG MENULIS

Buat aktiviti dengan anak berumur 3 tahun sebulan

Assalamu'alaikum, hai... 
Buat aktiviti dengan anak berumur 3 tahun sebulan | Hurmmm... Bila dah siap kerja rumah, masak pun dah... Sementara tunggu encik suami dan Alia balik dari sekolah... Fiza selalu buat simple aktiviti di rumah dengan Ain. 

Tadi, lepas bagi Ain makan... Fiza ajak dia lengkapkan Maze game "Help little Bunny find the carrots". Kemain suka... First time Fiza perkenalkan maze game dengan Ain tau. Jangan terkejut... Dan hasilnya... 

Taraa... 


First time... Jangan harapla terus perfect. Tujuan Fiza hanyalah untuk tingkatkan daya otot jari dia untuk menulis... Sambil-sambil tu ajarkan dia macam mana nak selesaikan masalah nak dapatkan lobak... Melalui arah jalan yang ditunjukkan. Not bad... Next aktiviti, kita tengok macam mana reaksi Ain dengan maze game yang lain pulak.

Actually, maze game bagus tau... Walaupun simple... Why? Melalui maze game... 
  • Ia mampu mengajar anak erti bersabar untuk menyelesaikan masalah. 
  • Ia dapat membantu meningkatkan daya otot jari-jemari anak-anak untuk menulis. 

Tak perlu berejam-jam sebenarnya nak ajar anak. Cukuplah 15 ke 20 minit... Yang penting konsisten hari-hari mengikut masa yang kita tetapkan. In Shaa Allah, bila dah terbiasa... Automatik anak akan tanya. Ada aktiviti tak nak kena buat. Tips mudah dari Dr. Sheikh Muzaphar. 

 Tak caya... Tryla kat anak-anak. Hehe... 


Post a Comment

1 Comments

  1. Memang bagus pun buat aktiviti macam ni utk anak anak berusia mcm nih sbb mengajar dia jadi lebih sabar,peka dan cerdik

    ReplyDelete