Assalamu'alaikum, hai...
Masak tempoyak gaya orang Sarawak | Bila dah tengahari, as a wife... Mesti dah buat perancangan apa menu nak masak untuk lunch. Alhamdulillah, rezeki harini Fiza plan nak masak tempoyak goreng untuk salah satu menu makan tengahari. Hurmmm... Encik suami memang cukup suka tempoyak goreng ikan bilis.

Kebiasaannya, tempat korang macam mana ek makan tempoyak? Jomlah share. Mungkin, akan menjadi inspirasi buat Fiza untuk mencuba. 

Kalau di Sarawak kebiasaanya, makan tempoyak letak ikan bilis dan cili. Nak lagi sedap... Boleh goreng dengan udang atau ikan bilis. Tip top meletop... Kalah ayam KFC. Haha... 



Berbalik kepada tempoyak goreng, berikut adalah resepinya :-
1. Tempoyak 
2. Ikan bilis yang telah dibuang perut dan kepala/udang kecil yang telah dibuang kulit
3. Bawang merah, bawang putih dan cili yang telah dilayang (bahan tumis)
4. Sedikit gula

Cara membuatnya sangat mudah. Just, masukkan bahan tumis dan ikan bilis atau udang. Naik bau... Masukkan tempoyak dan sedikit gula. Goreng sehingga kekuningan. Siap untuk dihidang.

Alhamdulillah, encik suami pasti berselera makan kalau ada tempoyak. That why, bila musim durian je... Mesti mak ayah dan encik suami banyak memborong durian. Tujuannya hanyalah untuk dijadikan tempoyak dan untuk disejukbeku. Stock bulan puasa tau... Haha. 

Actually, buah durian sangat bagus untuk kesihatan. Rugi kalau tak suka durian... Sebabnya, berdasarkan apa yang Fiza baca di laman www.suria.my... Durian dikatakan mempunyai beberapa khasiat. Antaranya....

1. Buah durian dikatakan mengandungi trytophan yang berguna untuk menenangkan fikiran dan tubuh. Amat sesuai bagi mereka yang seringkali mengalami insomnia.

2. Buah durian jugak dikatakan mengandungi vitamin B1, B2 dan kadar kalsium yang tinggi. Komponen-komponen tersebut dikatakan mampu memperkuatkan tulang dan gigi.

3. Durian mengandungi vitamin B-6 yang mampu menghasilkan serotonin yang berguna untuk mencegah tekanan secara semulajadi.

4. Buah Durian juga berfungsi untuk mengawal keseimbangan gula di dalam tubuh sehingga kadar gula di dalam darah menjadi normal.

Tu antara 4 kebaikan buah durian. See, betapa berkhasiatnya buah durian untuk tubuh badan kita jika diambil dalam diet seharian kita. Tapi sayangkan... Buahnya bermusim. Di Sarawak, musim durian hampir berakhir. Tempat korang macam mana?

Sekarang, musim banjir pulak di Sarawak. Kepada yang berada di Kawasan banjir, berwaspada selalu yer... Awasi anak-anak dan simpan dokumen penting di tempat yang selamat. Banyakkan bersabar... Dan berdoa agar musim banjir cepat berakhir. Aamiin...


1 Comments

  1. Pakcik buat dan jual tempoyak tapi tak makan tempoyak.

    ReplyDelete