Assalamu'alaikum, 
Selamat Pagi.

5 Cara elak anak ketagihan handphone | Sana-sini bercakap pasal gajet kan. Jangankan orang tua... Budak umur 8 bulan pun dah pandai nak tengok kartun guna handphone. Semuanya bermula dari kita sebagai parents dorang. Kita ajar dorang, kita bagi dorang handphone semata-mata nak elak anak-anak dari menganggu kita menyiapkan kerja. Sudahnya, bila anak ketagihan gajet. Anak pulak yang dipersalahkan. Wajarkah?

Before anak-anak ketagihan smartphone, kita kena cegah sebelum parah. Kena elak sebelum payah. Bila anak dah ketagih, banyak keburukan daripada kebaikan yang akan timbul sebenarnya. So, nak dijadikan cerita... Berikut adalah antara cara yang mungkin kita boleh cuba untuk elak anak kita daripada ketagihan handphone.

Cegah anak ketagih gajet

1. Biarkan bateri bawah 15%
Bila bateri dalam keadaan 15%, bermakna bila anak guna handphone... Masa yang mereka ada untuk terus guna handphone amat terhad. So, automatik anak tak kan berpeluang nak hadap handphone berejam-rejam.

2. Letak Password pada handphone
Kebiasaannya, setiap android mempunyai setting handphone untuk locked. Bila handphone ada kata laluan, bermakna anak-anak tak berpeluang nak curi-curi guna handphone kita. Kalau nak guna pun atas persetujuan kita. Malah kena bertegas dengan jadual waktu penggunaan gadget. Kalau tak bertegas... Seriously, anak lagi cerdik untuk memanipulasikan kita supaya termakan akan pujuk rayu dorang.

3. Buang segala aplikasi mainan dan Youtube
Seperti yang kita tahu, anak-anak memang cukup gemar akan permainan dan cerita-cerita kartun pada handphone. Sekiranya tak dikawal dari awal, ia boleh memicu kepada ketagihan. Oleh itu, lebih baik tak payah letak lansung aplikasi permainan dan youtube. Daripada situ, dorang pasti akan berasa bosan untuk menggunakan handphone.

4. Tarik perhatian anak dengan permainan berfaedah
Cara keempat jugak boleh elak anak daripada berterusan untuk fikirkan permainan dan cerita-cerita kartun di handphone. Terdapat banyak permainan yang dijual secara offline mahupun online... Di mana ia mampu meningkatkan lagi keupayaan motor halus anak-anak. Contohnya permainan seperti lego. Bukan sahaja meningkatkan keupayaan motor halus anak-anak, malah ia juga mampu meningkatkan daya kreativiti anak-anak.

5. Kita sebagai orang dewasa sepatutnya menjadi role model kepada anak
Al-maklumlah, anak-anak memang cukup hebat untuk meniru tingkahlaku orang dewasa. Jika kita sendiri gagal mengawal penggunaan smartphone dalam aktiviti seharian kita. Apalah sangat yang boleh kita harapkan daripada anak kecil, right! So, before kita nak latih anak kita... Sebaiknya, kita kena berdisiplin terlebih dahulu... Barulah anak respect dan takut nak mintak handphone.

Apa-apa pun perbuatan dan keputusan yang kita buat, biarlah memberi kebaikan buat anak-anak. Jangan dah parah, baru nak cari jalan penyelesaian. Kan?

"Mencegah lebih baik daripada mengubati"