2 set blanket ataupun selimut dan topi kait

Assalamu'alaikum,  hai... 
Beberapa hari tak updated blog, terasa rindu nak berceloteh. Tak updated blog, bukannya lupa... Tapi, dua minggu ni... Fiza sedikit sibuk menyiapkan beberapa tempahan kait. Alhamdulillah, rezeki bulan Januari nampaknya. Moga-moga tempahan semakin meriah hendaknya. 



Antara tempahan minggu ni datangnya dari Bangi, Selangor... Alhamdulillah, Puan Juliana repeated order lagi. Before ni, dia order 5 pasang topi, 2 pasang kasut dan satu knotted headband. Tak sangka last two weeks dapat mesej dari dia lagi... Nak tempah blanket dan topi untuk baby boy and girl. Hari tu jugak dia buat pembayaran. So,  terus book tarikh bila akan poskan barang. 

Alhamdulillah, semalam kesemua tempahan dia selamat diposkan seperti yang telah dijanjikan. 

In Shaa Allah, Fiza akan sedaya upaya siapkan tempahan mengikut masa yang Fiza bagitau. Jika tak siap dalam masa tersebut, Fiza akan bagitau awal. Tapi biasanya... Sehari je terbabas. Hehe... 

Alhamdulillah, setakat ni... Semua pelanggan Fiza baik-baik belaka... Lagipun, nak buat tempahan kait... Dari awal lagi, Fiza dah buat syarat... 

1. Kena bayar dulu
2. Book tarikh, bila tempahan akan diposkan... Ikut turn yer. 

Fiza buat syarat pun bukannya apa... Tak nak timbul sebarang kesulitan sebenarnya... Al-maklumlah, manusia pelbagai karenah. Hehe... Bak kata orang tua-tua... Cakap biar terang. So, takdelah nak kata itu ini... Pelanggan happy, Fiza lagi happy. Alhamdulillah, setakat ni jugak... Ada beberapa orang yang offer diri nak jadi dropship... Fiza tak charge tau. Malah bagi harga agent lagi. Hehe... Boleh untung RM10 ke RM15 untuk satu item ye. If ada yang berminat... Fiza ok je. 

Jika ada yang nak tahu pasal hasil tangan kait Fiza, jemputlah usha ig Fiza : fiza_Crochet, FB Fiza : Norfizah Norlie dan Page FB : Barangan KAIT. 

Sekian... 

Celoteh orang penat tapi rindu nak updated blog. 


0 Comments