Tindakan apabila balik rumah lepas bersalin, Nurse tak datang melawat | Alhamdulillah... Berpeluang lagi berkongsi cerita di ruangan yang Fiza sendiri cipta. 

Alkisah tiga hari yang lepas selepas publish entri turban... Scroll fb, jumpa satu diskusi antara pengikut page Kelab ibu mengandung dan berpantang. First baby kot, that why bertanyakan soalan pasal lawatan nurse bagai. Biasalah, anak pertama lansung takde pengalaman dan sewajibnya kita bertanya pada yang tahu. Bak kata pepatah, malu bertanya... Sesat jalan.


Berdasarkan pengalaman sendiri. First baby, Fiza bersalin di Hospital Betong... Before keluar wad, awal-awal lagi dah nurse pesan suruh laporkan kelahiran bayi di klinik berdekatan untuk nurse follow up posnatal dan jugak booking tarikh checkup baby. Pada yang kata nurse tak bagitau tu... Wallahu'alam, nobody is perfect. Mungkin lupa nak bagitau kot... Ke lain tempat, lain procedure`nya. Kena tak noted.

Alhamdulillah, urusan berpantang Fiza berjalan lancar... Sampai di kampung lepas daftar di klinik berdekatan, dorang terus book tarikh untuk check kuning di hospital dan hari ke-5 kot... Nurse datang melawat. Datang melawat pun dorang ajarkan bagaimana hendak mandikan baby, check kuning baby dan Fiza pun turut di check sekali. Untuk kelahiran anak kedua pulak... Sebab bersalin di klinik kampung... So, takde masalah untuk lawatan dan book tarikh untuk checkup kuning. Normal process... Tak payah bagitau dah. Dorang dah sedia maklum.

Pada Fiza lah yer, if risau kuning anak tak check lagi, nurse tak datang melawat. Apakata... Datang balik ke hospital dan tanyakan apa yang patut. Tak salah bertanya... Daripada berpanjangan runsing, ye tak? Kalau dibiarkan berpanjangan, takut ada masalah pada masa akan datang.

Tu cerita kelahiran baby Fiza.

Seterusnya Fiza nak share satu cerita kebetulan kakak kepada bekas tunang adik. Before, tunang adik memutuskan hubungan dorang. Kami sempat menziarahi kakak dia dalam pantang. Anak pertama yer. Dok ligat bersembang... Entah tiba-tiba terpacul dari mulut Fiza nak tanya berat baby sebab tinggal berbelas hari lagi nak habis pantang. So, memang dah tahulah berapa berat baby untuk sebulan. Punya terkejut Fiza bila di kata tak tahu, sebab tak buat checkup lagi dan nurse pun tak buat lawatan. 

Allahu Akhbar... Dalam hati ini, macam mana nak tahu tahap jaundice baby. Busy body punya pasal... Ala-ala polis gitu, Fiza tanya lagi. Bersalin kat mana? Katanya hospital Umum Kuching. Aippp.... Tak mungkin pihak hospital tak bagitau. Hurmmm... Miscomunication ni... Ke terlepas pandang, tapi kita pun kena tanya jugak sebenarnya. Perlu ke tidak datang balik ke hospital? Atau macam mana... Wallahu'alam. Siapa betul, siapa salah kat situ... Fiza pun tak tau.

Tapi, Fiza bagi cadangan cepat-cepat kepada dia supaya laporkan ke klinik berdekatan. Lepas tu, Fiza tak tau dah cerita dia macam mana. Fiza hanya mampu doakan yang baik-baik buat dia dan baby. Bab adik dia memutuskan tunang dengan adik. Biarlah menjadi sejarah dalam hidup kami. Adik pun dah boleh move on. Mungkin ada hikmah daripada setiap apa yang berlaku. Siapa kita untuk mempertikaikan rahsia Allah. Mungkin dia bukan jodoh yang terbaik buat adik. Wallahu'alam...

Kesimpulan daripada entri ini, sukacitanya Fiza nak simpulkan bahawa setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya. Malu bertanya, sesat jalan. Baik banyak tanya, daripada berdiam seribu bahasa.


1 Comments

  1. Agak pelik jugak ye dia tak terpikir pasal lawatan tu. Sekalipun ank pertama, mesti pernah tgk kn nurse dtng melawat rumah ibu2 yang baru bersalin.

    ReplyDelete