Berpantang Di Rumah Emak Sendiri versus Rumah Mertua


Assalamu'alaikum, hai... 
Berpantang di rumah emak sendiri versus rumah mak mertua | Last week scroll fb, nampak ada frendlist yang survey pasal tempat sesuai untuk berpantang. Nak jugak share di sini. 


Just open sharing ok. No right... No wrong. Berpantang di rumah mak sendiri ke... Rumah mak mertua ke...  Yang penting ikut keselesaan masing-masing. 

Tapi, Fiza tiap kali berpantang... Mesti di rumah mak sendiri. Mak mertua ok je. Bak kata dia. Mak masih hidup... Biarlah berpantang dengan mak sendiri. Bukan bermakna... Dia tak nak jaga. Dia pun faham. Kalau mak sendiri jaga... Tiada batas kita nak mintak tolong... Kalau mak mertua... Mesti segan nak mintak tolong itu ini. Itu apa yang Fiza rasa. 

Lagi satu, berpantang di kampung agak selesa... Pertama, nak ulangalik ke klinik kejap je... Orang tak ramai. Then, nak berurut ke apa... Bidan kampung ramai. Nak pakaikan bengkung... Bertungku semua... Takdelah malu-malu nak mintak tolong mak. Dia yang jaga kita dari kecik sampai besar... So, dia tahu perangai dan kehendak kita. Kalau mak mertua mesti segan kan... Nak mintak tolong 😊😊😊... 

Kemudian, lagi satu... Part pantang makan. Bila mak sendiri, banyak benda boleh kita tanya dan tahu... Takdelah takut atau segan nak tanya. Mak sendiri... Kalau langgar pantang, sah-sah kena sound kaw-kaw. Kalau jenis mak mertua Fiza... Dia jenis pendiam, tak banyak cakap... Risau pulak Fiza akan langgar pantang. Ekekeke... Jadinya Fiza lebih selesa berpantang dengan mak sendiri. 


Lain orang lain pendapat. Apa yang Fiza nyatakan... Itulah yang Fiza lalui dan rasai. Pada yang berpantang sendiri tu... Tanpa mak mahupun mak mertua, pastinya banyak cabaran ataupun kekangan. Tapi, bila kita dah memilih untuk berpantang sendiri... Pastinya kita dah tahu baik buruknya right. 

Berpantang sendiri ke, berpantang dengan mak mertua ke... Ataupun mak sendiri... Yang pasti kita kena jaga kesihatan... Sangat-sangat penting... Tak nak nanti, timbul pulak penyakit lain. Melahirkan anak bukan perkara main-main... Ye tak? 


Berpantang Di Rumah Emak Sendiri versus Rumah Mertua Berpantang Di Rumah Emak Sendiri versus Rumah Mertua Reviewed by fiza linolie on December 27, 2017 Rating: 5

1 comment:

  1. Masa anak sulung berpantang rumah mak mertua. Hari ke 19 balik rumah mak sendiri. Anak kedua pantang rumah nenek. Anak ketiga pantang sendiri. Antara mak sendiri dan nak mertua memang lagi selesa pantang rumah mak sendiri.

    ReplyDelete