Assalamu'alaikum, hai...
Bercerita tentang masalah rumahtangga di media sosial | Allahu Akhbar, sejak akhir-akhir ni... Fiza tengok, seperti dah menjadi trend bila mana ada yang berkongsi cerita permasalahan rumah tangga mereka di media sosial.

Fiza tak kata ia salah mahupun betul dan Fiza hormati akan pilihan mereka-mereka yang nak kongsikan masalah rumah tangga dorang di media sosial. Mungkin... Mereka takde tempat untuk mengadu. So, jalan terakhir, mereka jadikan media sosial sebagai tempat untuk meluahkan perasaan.

You have choice...

Tapi kena ingat, setiap pilihan yang dibuat... Pastinya mendatangkan impak. Samaada positif atau negatif. Itu perlu difikirkan terlebih dahulu, sebelum membuat sebarang keputusan.



Sebab... Setiap status yang kita updated di facebook, pasti akan mendapat pelbagai reaksi dan komen. Setiap komen, tak semuanya menyokong... Malah ada yang akan menghentam balik. So, mental kenalah kental untuk hadapi sebarang kemungkinan. 

Bukan apa... Bila orang komen negatif, ada pulak yang meroyan memaki balik si pengomen. Allahu Akhbar... Kan dah menjadi bahan pertengkaran. Hurmmm... Bukannya nak menyelesaikan masalah yang diutarakan... Sebaliknya mendatangkan masalah yang lain pulak. 

Al-maklumlah, sesiapa bebas menyatakan pendapat. Baik atau buruknya sesuatu pendapat,  kenalah terima dengan hati yang terbuka...  Sekadar luahan sahaja untuk mengingatkan diri sendiri sebenarnya. Tak semua benda kita perlu kongsikan di media sosial ye. 


Oklah... Rasanya, tu je kot perkongsian untuk malam ni. Mata pun dah mengantuk. Selamat malam semua 😊