Tak minat Red Velvet


Tak minat red velvet | Siapa layan red velvet? Cepat ngaku. Hehe.  Entahla,  sejak tamat drama awak suka saya tak?  Megadrama yang terbaru ganti adalah red velvet...  Di mana heronya adalah Aliff Satar dan heroinnya pulak Neelofa. 

Sumber daripada google image

Try jugak layan satudua episod...  Lansung takde feel...  Yang ada hanyalah perasaan boring.  Lain pulak encik suami.  Katanya best... Saja je cakap gitu..  Sebab dalam drama tu Aliff Satar pakai kereta ertiga.  Sekarang ni,  encik suami dah plan...  In Shaa Allah,  hujung tahun nak tukar alza kepada ertiga.  Alasan apakah itu? Takde kaitan lansung kan...  Disebabkan tak layan red velvet... Seawal jam 9, aku, Alia dan Ain dah tidur. So,  layan soranglah encik suami. 

Tak taulah...  Lain orang lain citarasa,  masing-masing ada minat masing-masing. Sekadar pendapat aku je.  Sorry yer kepada peminat Neelofa. Tengok macam tak serasi je Aliff dengan Neelofa.  Maybe jalan cerita kot yang buatkan lakonan hambar di mata aku. Huhu...


Tak minat Red Velvet Tak minat Red Velvet Reviewed by fiza linolie on November 01, 2017 Rating: 5

No comments: