Risiko shopping online? | Satu isu yang sinonim dengan membeli belah secara atas talian. Yang tu memang tak dapat dinafikanlah. Bergantung kepada situasi... Pada akulah. 

Baru-baru ni, aku pernah up entri mengenai pembelian butang secara atas talianku di laman web Lazada. Mula-mula memang was-waslah nak membeli even melibatkan lapanbelasringgit je pun.... Bila tengok isu yang dok orang viralkan di facebook... Di mana mengatakan Lazada bermasalah... Ada yang dah bayar, barang tak sampai-sampai... Dah success pembayaran... Email confirmation tak dapat. Betul ke? Wallahu'alam. Selagi sendiri tak mengalami, selagi tu aku tak mudah nak percaya. Malah... Tak mudah jugak untuk aku nak berjemaah memviralkan. Kang... Benda tak betul kita viralkan. Sah-sah dapat dosa free. Kan?

Alhamdulillah, after seminggu lebih la jugak... Akhirnya barang yang aku beli pun sampai. 5 star lagi aku bagi kat feedback customer. Bukan nak MEMBODEK Lazada. Tapi, barang yang aku dapat sangat memuaskan hati. Cop!!!! Jangan pulak tanya kenapa barang lambat sampai. Biasalah, kalau barang dari oversea... Memang akan ambik masa. So, kenalah bersabar. 

Walaubagaimana pun, risiko membeli atas talian sememangnya ada. Namun, kita sebagai pembeli kenalah bijak... Jika ada sebarang kesulitan terutamanya membeli di laman web... Salurkan permasalahan di tempat yang betul. Pasti ada solusinya. 



1 Comments

  1. risiko tu mmg ada...so, kena like fully ready condition yg kita dpt

    ReplyDelete