Akaun Maybank kena block | Minggu lepas,  hari Sabtu... Petang encik suami dapat panggilan daripada nombor +603... (tak ingat nombor belakang) Tetiba bagitau akaun maybank encik suami kena block. Apa ke hal? Seperti biasa encik suami malas nak layan. Kata banyak kerja nak buat. Dia terus letak phone dan bagitau nak call balik. 

Akaun, kad, credit, debit, maybank, kena, block

Lepas letak phone encik suami terus call centre maybank, tanya adakah nombor tersebut daripada pihak maybank dan nak tahu jugak kebenaran betul ke tidak akaun dia kena block. 

Jawapannya,  seperti yang aku dah jangka... Tak semudah itu dorang nak block dan kalau nak block pun, dorang akan send surat yang mengatakan akaun kita kena block. Dan bukannya melalui telefon. Noted!!!! 

Satu lagi, if kita secara tak sengaja dah berkongsi maklumat pengenalan diri ataupun maklumat akaun kepada si pemanggil... Pihak Maybank serta-merta akan block akaun kita on the spot masa tu jugak... Untuk mengelak daripada sebarang kesulitan. so kena pergi ke kaunter baliklah jawabnya untuk aktifkan akaun. 

That why,  aku sekarang ni kalau nombor tak dikenali... Aku memang tak angkat. Sebaliknya aku google dulu nombor tersebut... Kalau nombor +603... +610, whatever jelah. Kala valid baru aku call balik. Tak pun,  tunggu dorang call balik. Macam tu jugak kalau dapat panggilan yang menggunakan handphone...  Kalau tak kenal nombor memang dah tak angkat... Melainkan bagitau melalui mesej siapa dia...  Baru aku layan. 

Susah sekarang ni. Ramai sangat PENIPU. Sanggup menghalalkan cara untuk dapatkan duit. Apa-apa pun, apa yang aku kongsikan harini..  Sekadar untuk pengetahuan agar lebih berhati-hati.

Wallahu'alam 😃