Checkup 5 tahun 6 bulan


Checkup 5 tahun 6 bulan | Alia jatuh pada hari Isnin, 21 Ogos 2017. Memandangkan Alia sekolah, so encik suami terus bawak dia ke klinik selepas waktu sekolah. Tak lama pun, biasalah... Belah petang tak ramai orang. Kata encik suami, Alia orang kedua kena panggil.


Malam Ahad, aku sempat berpesan kat Alia. Nanti kalau nurse tanya Alia masih menyusu ke tidak. Katakan masih... 2 atau tiga gelas sehari. Makan... Kadang-kadang habis, kadang-kadang tak. Tak sangka pulak, encik suami kata... Kemain laju lagi Alia menjawab bila disoal oleh nurse. Hehe...

Takde assesment... Berat, tinggi... Semuanya normal. Balik pulak Alia dibekalkan ubat cacing. Alhamdulillah, seperti biasa malam makan ubat... Pun takde masalah. Last temujanji untuk checkup... Umur 6 tahun nanti... Iaitu tanggal 18 Februari 2018.

Alhamdulillah, semua urusan checkup Alia berjalan lancar. Terima kasih encik suami kerana selalu meringankan kerja-kerja isterimu. 

Cerita basi terperam dalam draf. Sabar jelah baca yer.

Bye...

Assalamu'alaikum...


Checkup 5 tahun 6 bulan Checkup 5 tahun 6 bulan Reviewed by fiza linolie on October 13, 2017 Rating: 5

1 comment:

  1. dah lama tak singgah blog fiza ni...tomeinya alia

    ReplyDelete