Alvin Chong dan Emma Maembong | huhu... Tengok tak megadrama di astro ria, awak suka saya tak? Aku terjebak tengok drama tersebut wei... Sampai nak kena tengok next episod. Bila tertinggal menonton... Sanggup tunggu yang ulangan jam 10 pagi. Semuanya dek kerana minat sangat tengok watak Alvin chong. Aku bukanlah peminat Emma. Bila tengok dia berlakon dengan Alvin dalam drama ni... Aku jadi tersuka tanpa sengaja pulak wei. Haha. Romantik gila Hilman dalam drama tersebut dengan Intan Zulaikha.

Sumber gambar daripada google image
Mula-mula tengok first episod... Aku ingatkan Alvin mualaf tau? Nampak dia tak kekok pegang watak mualaf. Sampaikan aku google biodata pasal Alvin gara-gara drama tersebut. Apa ke hal sampai nak google. Haha... Nak buat macam mana. Dah namanya minat. Then, aku jenis selagi tak tau selagi tulah persoalan akan berlegar di ruang otak aku.

Tahniah! Buat Alvin dan Emma. Korang memang pasangan serasi untuk watak couple.... Tak sabar nak tunggu episod malam ni pulak. Hehe...