Assalamu'alaikum, hai...

Mr. Donut Karamel? Tetiba persoalan itu muncul bila tengok tajuk drama terbaru di slot lestary yang dahpun ditayangkan semalam. Macam-macam pulak tajuk drama sekarang ni kan... Mentang-mentanglah adaptasi novel... Huhu. Tengok tajuk... Aku jadi malas nak tengok. Tapi, dalam hati terdetik nak tahu jalan ceritanya. Apalagi... Cubalah mencari sinopsis dan novel onlinenya di google.


SINOPSIS DRAMA MR. DONUT KARAMEL
Daripada sinopsis yang aku baca dari beberapa buah laman, drama Mr. Donut Karamel mengisahkan tentang seorang novelis yang bernama Anggun Qairah yang sangat gemar donut karamel dan suka menghabiskan masa di sebuah kafe tatkala dia mencari ilham untuk menulis.

Seperti biasa kemalangan berlaku, menemukan novelis yang bernama Anggun Qairah dengan seorang jejaka bernama Faiq Faiqal. Cermin mata Anggun dan komputer ribanya habis digilis kereta. Malang sekali, Anggun tidak melihat wajah jejaka itu lantaran rabun yang dihadapinya.

Sejak dari itu, Faiq mula gila bayang, daripada CEO menjadi seorang pelayan cafe semata-mata mahu jumpa dengan si jantung hati idaman. Siap lagi menyamar sebagai Rafiqi yang kononnya peminat setia novelis cantik itu.

Namun perasaan kecewa muncul apabila Anggun mengetahui kebenaran. Dari situ Faiq cuba pelbagai cara memikat si pujangga hatinya. Bahagiakah mereka? 

********************
Confirm! Bahagia...

Plot drama melayu... Pastinya happy ending. Cuma membuatkan penonton nak tengok... Pada akulah, sebenarnya nak tengok pelakon yang membawa watak dalam drama tersebut. Adakah gandingan hero dan heroinnya mampu mencantikkan jalan ceritanya. Tu je... Kan? Betul tak?