Mengidam bingka kacang hijau | staff sama tempat kerja hubby teringin nak makan kuih bingka kacang hijau yang aku buatkan... Seminggu dah teringin katanya. Nak dijadikan cerita, dulu aku pernah bekalkan encik suami bingka kacang hijau untuk dorang minum di sekolah. Dorang kata sedap. Tapi bagi aku biasa-biasa je.


Mengidam orang pregnant kenalah ditunaikan. Kalau tak nanti melelehlah air liur anak yang dilahirkan. Betul ke tidak? Wallahu'alam, aku tak pernah melaluinya... Namun, ramai jugak yang memperkatakannya...

Teringat pulak aku bila mengandungkan Alia dan Ain. Sangat berbeza. Masa mengandungkan Alia, suka sangat mengidam itu dan ini. Tapi takdelah sampai menyusahkan encik suami untuk dapatkan. Masa mengandungkan Ain pulak... Lansung tak mengidam. Cuma teringin nak makan udang je. Selebihnya... Seperti kebiasaan. Makan apa je yang ada.

Alhamdulillah... Terasa gembira dapat menunaikan hajat mak buyong nak makan bingka kacang hijau. Mulanya dia nak beli... Tapi aku malas nak jual. Just sedekah je. Semoga baby yang dilahirkan selamat dan sihat. Setakat nak makan bingka kacang hijau... No hal. Boleh je buatkan. In Shaa Allah, selagi terdaya menolong... Takde masalah punya. Lagipun, amalan sedekah dan tolong-menolong itu kan amalan baik. Buat apa nak berkira untuk dapatkan pahala right.

Wallahu'alam.