Teknik penanaman serai dalam pasu satu lagi teknik penanaman tumbuhan yang teringin aku nak buat, selain daripada tauge dan kangkung. In Shaa Allah, nanti nak jugak cuba menanam serai sendiri. At least boleh jugak mengurangkan perbelanjaan di dapur untuk membeli bahan asas kan.

Sumber gambar serai dalam pasu adalah daripada laman yang tertera dalam gambar

Mak kata... Nak tanam serai, tersangatlah mudah. Jika takde serai yang berakar. Contohnya serai yang kita beli di market pun boleh jugak dijadikan benih. Cuma perlu rendam di dalam bekas yang lutsinar beberapa hari agar akar serai boleh tumbuh. Tapi... Lagi bagus, kalau ada serai yang dah berakar. Terus boleh ditanam.

Kemudian, nak tanam... Kenalah ada caranya jugak. Sekarang zaman moden, tanah organik yang dah bercampur pun dah ada dijual di kedai bunga. Jadinya, tak perlulah nak bakar tanah bagai untuk tanam. Tak silap, di Betong... Tanah tersebut dijual dengan harga lebih kurang RM4 sebungkus.

Dah ada tanah, bila nak tanam pulak... Mak kata. Hanya bahagian akar serai sahaja yang dimasukkan ke dalam tanah. Then, untuk 7 hari pertama... Kenalah siram sebanyak 2 kali sehari iaitu sebelah pagi dan sebelah petang. Bila dah nampak tumbuh dengan elok. Bolehlah dikurangkan waktu penyiramannya sebanyak sekali sehari.

Kemudian, bila serai dah boleh dituai. Kena jugak tahu cara yang betul untuk potong atau tuai serai... Caranya amatlah mudah... Bak kata mak... Bila potong tu... Tinggalkan sedikit pangkal yang berakar... Supaya serai tumbuh semula.

Amat mudah kan...