Anak adik lahir pramatang | Kisah bulan lepas yang baru sekarang aku teringat nak update. Adik ipar aku orang Perlis dan adik aku pun dah pindah mengajar di sana. Syukur sangat... Dia ada di sisi isterinya sepanjang isterinya mengandung. Setahun lebih jugak lepas kawin, baru mengandung.

Sumber gambar bayi adalah daripada laman sepertimana tertera pada gambar

Nak dijadikan cerita... Sepatutnya due dia bulan 5 ni. Semuanya dah ketentuan... Dan lahirlah seorang bayi lelaki dengan berat 1.13kg pada 8 Mac 2016. Tak silap bayi dia lahir pada minggu ke-30... 7 bulan 2 minggu gitu kot. Bagaimana bayi boleh lahir pramatang ek? Memandangkan aku tak pernah ada pengalaman melahirkan bayi pramatang... Memang zero knowledge tau pasal kelahiran pramatang. Bila berlaku dengan family sendiri... Aku mula mencari info mengenai kelahiran pramatang. Sekurang-kurangnya taklah nanti terkial-kial jika sendiri melaluinya. Namun, mintaklah dijauhkan... Biarlah anak-anak dilahirkan secara normal dan cukup bulan.

Info menarik haruslah dikongsikan di sini. Nanti nak rujuk pun senang... Tak perlu dah nak google satu per satu. Apa dan bagaimana bayi kelahiran pramatang berlaku?

Pertama sekali, berdasarkan laman babycenter... Dalam terma perubatan, kelahiran, pramatang berlaku apabila bayi dilahirkan sebelum lengkap minggu ke-37 kehamilan. Dianggarkan bahawa 5 peratus daripada kelahiran adalah pramatang. Bayi yang dilahirkan pada minggu ke-36 selalunya tidak mempunyai masalah, walaupun saiz bayi itu mungkin lebih kecil dan ia mungkin mengalami masalah pernafasan. Walau bagaimanapun, bayi yang dilahirkan lebih awal dari 36 minggu memerlukan lebih banyak pembesaran lagi dan organ dalamannya perlu menjadi lebih matang. Bayi sedemikian mungkin lemah sedikit dan sukar menghisap dan bernafas. Bayi-bayi yang lahir seawal minggu ke-22 hingga minggu ke-25 memang mempunyai peluang yang baik untuk hidup, tetapi lebih daripada separuh akan mempunyai ketidakupayaan sama ada ringan atau lebih teruk.

Kemudian, setiap ibu yang mengandung adakah berisiko melahirkan bayi pramatang? antara persoalan tetiba aku terfikir untuk tahu... Jadi, jugak berdasarkan info yang terkandung di laman babycenter... Mengatakan doktor masih sukar meramalkan sama ada wanita sihat akan mengalami kelahiran pramatang atau tidak. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kehadiran bakteria tertentu dalam urin akan meningkatkan kemungkinan kelahiran pramatang, walaupun ibu mengandung mungkin tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. Oleh sebab ini, doktor akan mencadangkan kepada ibu mengandung untuk menjalankan ujian urin bagi bakteria pada awal kehamilan. Merawatjangkitan akan mengurangkan risiko kelahiran pramatang. Vagina juga mengandungi bakteria yang dipercayai boleh meningkatkan kemungkinan kelahiran pramatang. Malangnya, kajian telah merumuskan bahawa antibiotik yang diberikan untuk menghapuskan bakteria ini akan menyebabkan sebarang simptom-simptom jangkitan berbangkit, namun begitu tidak juga akan membantu mengelakkan kelahiran pramatang.

Then, untuk penjagaan bayi pramatang di hospital dan di rumah... Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil berdasarkan blog beberapa orang ibu yang pernah melahirkan anak pramatang... Yang telah aku simpulkan. Antaranya adalah seperti berikut:-

Pertama, Seboleh bolehnya pastikan bayi tidur terlentang bukannya meniarap.Bayi pramatang di bawah 6 bulan terdedah kepada risiko kematian secara tiba tiba dalam tidur atau dikenali sebagai Sudden Infant Death. Jadi biarkan mereka tidur secara terlentang untuk membolehkan kita memantau keadaan mereka ketika tidur.

Kemudian... Cuba untuk sesuaikan suhu bilik di rumah, jangan terlalu panas atau terlalu sejuk. Bayi pramatang dikatakan sangat sensitif. Maknanya, kenalah pantau selalu.

Third, Pernafasan bayi pramatang juga dikatakan boleh terhenti selama beberapa ketika. Ini dipanggil Apnea. Maknanya... Kenalah belajar cara untuk membantu bayi bernafas semula sebelum meninggalkan hospital. Atau segera mendapatkan bantuan jika keadaan tersebut berlaku. Tapi, kalau boleh janganlah yer...

Selain itu, Seelok eloknya susukan bayi dengan susu ibu kerana susu ibu mengandungi antibodi dan nutrien yang tinggi untuk membantu meningkatkan daya pertahanan tubuh anak dari serangan penyakit dan menyokong tumbesaran mereka agar lebih sihat. Namun, jika menggunakan botol... Kena pastikan alatan menyusu disteril sebelum digunakan dan begitu juga dengan alat permainan.

Biasakan mencuci tangan sebersih bersihnya sebelum menyentuh bayi. dan...Kurangkan keluar atau berjalan jalan di tempat yang sesak dan ramai orang kerana mereka mudah terkena jangkitan penyakit.

Jika ada yang bertandang di rumah, beritahu mereka keadaan anak tidak berapa kuat supaya mereka faham.

Terakhir sekali... Banyakkan sentuhan dan dakapan dengan anak. Sentuhan kulit ke kulit boleh merangsang emosi anak yang sihat dan menggalakkan anak untuk cepat membesar.

Sekarang ni anak buah aku masih di hospital... Berat badan masih tak mencapai 2kg... Tapi adik kata dalam minggu ni dia dah boleh balik dah. Alhamdulillah... Lama betul adik ipar terpaksa berpisah dengan baby... Sampai habis pantang.

Semoga anak buahku Mohammad Haffaz Mustaqim sihat sentiasa hendaknya.