Mr. Boss Miss Stalker | Drama terbaru adaptasi daripada novel Mr. Boss Miss Stalker yang dikatakan bakal menghiasi slot dahlia tv3... Tu berdasarkan info yang aku baca dari blog EDtv. Then, ada jugak usha twitter Mia Ahmad. Tak sangka, dia pun ada jugak tweet "siapa pernah baca novel Mr. Boss, Miss Stalker?".

Sumber daripada twitter

Adakah Mia Ahmad akan memegang watak heroin dalam Mr. Boss Miss Stalker? Hurmmm... Kalau betul novel tersebut akan diadaptasi ke sebuah drama dan pelakon wanitanya adalah Mia Ahmad. Confirm drama tersebut menjadi trending seperti drama hati perempuan kan.

Actually, aku tak pernah baca novel Mr. Boss Miss Stalker. Tapi, berdasarkan komen pembaca yang dah baca novel tersebut. Ramai yang bagi komen positif... Kata yang novel tersebut kelakar dan mempunyai kelainan. Apakah kelainan dia... Kenalah tunggu dan lihat kalau betullah novel tersebut bakal diadaptasi.

GAMBAR NOVEL MR. BOSS MISS STALKER DARIPADA KAKINOVEL

SINOPSIS NOVEL MR. BOSS MISS STALKER
Ada jugak google pasal sinopsis novel tersebut. Ternyata tidak menghampakan. Berdasarkan apa yang aku baca dari laman kakinovel, novel Mr. Boss Miss Stalker mengisahkan tentang Sara Azreen diberikan tugasan untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil, bernama Hariz Zhafran. Disuruh untuk memohon kerja di Mentari Angkasa Sdn Bhd, syarikat milik Hariz Zhafran membuatkan mereka berdua mula saling tertarik.

Namun, tugasan baru Sara Azreen untuk membuat Hariz Zhafran jatuh cinta kepadanya demi memudahkan siasatan meresahkan Sara Azreen apabila dia terpaksa melibatkan hati dan perasaan dalam siasatannya.

Apa yang merumitkan lagi keadaan ialah Hariz Zhafran melamarnya. Perlukah dia beritahu Hariz Zhafran perkara yang sebenar atau terus mengikut arahan Encik Hamzah untuk memerangkap Hariz Zhafran?

“Antara nyata dan mimpi… Ada hati yang ingin kutawan… Tapi, dalam lain dimensi… Hatiku kau jadikan tawanan….”

Macam menarik kan... Hurmmm, alang-alang bercakap pasal novel MR. BOSS, MISS STALKER... Ada jugak usha harga novelnya di pasaran dan berdasarkan info yang terdapat di laman kakinovel, buku tersebut yang mempunyai jumlah muka surat 536... Di jual dengan HARGA SEMENANJUNG: RM21, AHLI KN: RM17 HARGA SABAH/SARAWAK: RM24, AHLI KN: RM20... Sangat murah kan?