Pengakhiran cinta si wedding planner | Antara keyword yang terdapat di akaun Nuffnang aku. Hurmmm... Ramai jugak yang ingin tahu kesudahan episod akhir cinta si wedding planner yer.


Biasanya... Tipikal drama melayu pasti pengakhiran akan disudahi dengan kegembiraan. Namun, setiap kegembiraan itu diolah dalam belbagai gaya dan bentuk.

Berdasarkan reviews pembaca yang dah baca novel cinta si wedding planner DI SINI, apa yang berlaku akhirnya lebih kurang... Si Zara mengandung dan telah diculik oleh Nadia. Then... Diselamatkan oleh Fariz. Biasanya kalau dah selamat tu... Si penjahat jugak pasti kena tangkap. Akhirnya dorang sah-sah hidup bahagia tanpa gangguan dah kan. Lebih kurang samalah ceritanya dengan episod akhir Sha & Shah semalam kot. Tapi, Shah kena tikam dengan Atilia menyebabkan Shah masuk hospital. Dalam masa sama, Sha pun nak lahirkan baby.

Apa pun ceritanya, confirm drama melayu happy ending... Cuma... Mungkin diubah sedikit kot jalan ceritanya untuk timbulkan suspend. Tapi... Setakat ni, takde sangat unsur suspend dalam cerita melayu... Semua macam dah boleh agak je endingnya kan...

Nak tak nak... Tunggu dan lihat jelah nanti... Apa yang berlaku dalam episod akhir cinta si wedding planner... Adakah, Diubah atau totally ikut jalan cerita dalam novel?