Menariknya garfu untuk diet. Tetiba aku teruja nak berkongsi tentang satu teknologi yang aku kira cukup canggih untuk diketahui... Lagi-lagi kepada mereka yang tengah berdiet. Mesti tercari-cari sesuatu medium yang boleh membantu mereka melancarkan lagi proses berdiet mereka right :)

Sumber gambar daripada www.hapi.com

HAPIfork adalah nama garpu tersebut dan dilengkapi dengan teknologi bluetooth dan mampu merekodkan tabiat makan seseorang. Bagaimana ianya berfungsi? Garpu tersebut mempunyai sensor yang akan mengesan seberapa cepat kita makan selain tempoh yang kita ambik untuk makan. Kesemua data akan dikumpul dan akan dimaklumkan menerusi aplikasi mudah alih yang dihantar ke telefon pintar. Sekiranya kita makan terlalu cepat, ia akan bergetar untuk memaklumkan kepada kita supaya memperlahankan kunyahan. Praktikal tak?

Macam-macam kan... Dunia semakin canggih. Tak mustahil satu hari nanti... Ada maid diperbuat daripada robot tau. Huhu... Oh! ya, info pasal garfu ni aku perolehi daripada majalah iSIHAT. Nak tahu lebih mengenainya... Cubalah lawati website www.hapi.com. Tak silap harga yang dipaparkan di majalah sekitar RM300. Mana tau... Ada yang berminat nak beli. Ye tak?