Magnet diri | cipta pengaruh luar biasa dan berjaya. Satu lagi koleksi buku hubby, yang aku juga suka baca. Mempunyai 281 mukasurat dan dijual dengan harga RM19.90 di Sarawak... Amatlah murah dan sangat berpatutan dengan isi kandungannya.


Semua orang mahu menjadi individu berpengaruh. Sama ada pengaruh itu datang melalui jawatan, rupa paras mahupun kuasa, tidak ada yang dapat menafikan keinginan memiliki pengaruh. So, antara lain isi kandungan buku magnet diri adalah mengupas tentang rahsia mencipta pengaruh tanpa perlu bergantung pada jawatan yang dimiliki. Selain itu, rahsia mengenal pasti kehebatan dan kekuatan diri, mencungkil kehebatan, kemudian merancang memperhebatkan kekuatan turut dikupas di dalam buku tersebut.

Baca Juga >> 7 Tabiat Orang Yang Berkesan

Pada aku, buku magnet diri amat bagus untuk di baca... Kerana ia mampu memberi aura positif kepada si pembaca untuk lebih bersemangat dan berkeyakinan dalam mencipta pengaruh.