Ketahui Penawar Demam Semulajadi



Ketahui penawar demam semulajadi | Entri seterusnya tentang kesihatan aku kongsikan. Kekadang... Disebabkan tak nak makan ubat. Kita tercari-cari cara semulajadi untuk mengubati sesuatu penyakit termasuklah demam.

Sumber gambar daripada google image

Berdasarkan apa yang aku baca daripada majalah iSIHAT, terdapat 5 cara semulajadi untuk meredakan demam. Antaranya ialah seperti berikut:-

Asam Jawa - Ambil asam jawa yang dicampurkan sedikit air, ramas sehingga menjadi jus pekat. Sapukan pada bahagian ubun-ubun. Biarkan hingga kering.

Daun lidah buaya - Ambil daun lidah buaya, keluarkan lendirnya dan sapulah pada bahagian kulit kepala dan seluruh badan. Lakukan berulang kali.

Tembikai - Tembikai merupakan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C. Ia mampu membantu tubuh melawan jangkitan dan sifatnya juga menyejukkan badan.

Kembang semangkuk - Rendam kembang semangkuk yang dicampurkan bersama halwa kundur di dalam air suam selama setengah jam dan minum airnya.

Pegaga - Ambil pegaga bersama akarnya dan kisar. Boleh juga campurkan dengan gula batu ataupun madu dan limau kasturi untuk dapatkan rasa yang lebih sedap.

Tu antara 5 penawar semulajadi demam yang boleh dipraktikkan. Semoga info yang sedikit ini memberi manfaat buat semua. Wallahu'alam...

Ketahui Penawar Demam Semulajadi Ketahui Penawar Demam Semulajadi Reviewed by fiza linolie on January 15, 2016 Rating: 5

No comments: