Keburukan Jemur Pakaian di dalam rumah. Tajuk entri terbaru dari aku. Hurmmm... Siapa tak pernah jemur kainbaju dalam rumah tu memang tipulah... Terutamanya bila musim hujan dan pakaian bertimbun tak bersidai. Confirm... Ambik jalan mudah... Terus sidai di dalam rumah...

Sumber gambar daripada google image

Kalau aku, dulu tak tahu akan bahayanya sidai pakaian dalam rumah... Siap! pasang kipas lagi untuk keringkan. Baru-baru ni, aku terbaca artikel di mingguan wanita... Di mana terdapat 5 keburukan sidai pakaian di dalam rumah, antaranya ialah :-
  1. Pertama, kita biasa guna pewangi or pelembut right selepas mencuci pakaian... Dengan tujuan untuk mewangikan pakaian. Kalau aku... Memang suka guna pelembut softlan atau downy untuk wangikan pakaian. Tapi... Kena tahu, kandungan acetaldehydes yang tinggi menjadi sebab utama penyakit kanser... Bila kita seringkali sidai pakaian di dalam rumah dan sedut bau wangian tersebut. Hurmmm... Jangan tak tau.
  2. Kedua, boleh menyebabkan alergi... Dan masalah pernafasan kerana menurut info... Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menjadi bakteria.
  3. Ketiga... Kekadang ada masa kita terlupa right sidai baju. Then, baju tersebut berbau. Walaupun dicuci kali kedua dan dibasuh dengan pewangi. Namun, masih berbau busuk. Sidai pulak di dalam rumah. Tahu tak... udara berbau tersebut sebenarnya racun dan boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Take note yer :)
  4. Seterusnya... Tak elok untuk pengidap Asma. Tindakan menyidai pakaian di dalam rumah akan menyebabkan peningkatan kelembapan ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Tahu jelah... Asma memang tak boleh bab-bab debu... Silap-silap, masa tu jugak asma menyerang.
  5. Terakhir sekali... Ia jugak boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh. Kalau dah hari-hari dok jemur di dalam rumah... Then, setiap hari alergi... Makan ubat pun tak berkesan. Mana tak lemah right.
So, dah tahu... Kenalah beringat. Lepas ni kenalah elak sidai pakaian dalam rumah. Kalau hujan tu... Pakaian banyak... Trylah cari alternatif lain. Yang mampu tu bolehlah hantar dobi... Cuci kering. Kalau tak biarkan dulu tak bercuci... Tunggu cuaca panas. Huhu... Alamat, duatigaempat harilah pakaian tak bercuci. Apa-apa pun, semoga info sedikit ini memberi manfaat buat kita bersama.

Sumber : www.mingguanwanita.my