Drama Terbaru, Kak Marr TV3 | Siapa minat slot iris, 6:30 petang, setiap Isnin hingga Khamis... Bolehlah tengok.

SINOPSIS DRAMA SLOT IRIS BERJUDUL KAK MARR
Berdasarkan sinopsis yang aku baca di laman kepala bergetar... Drama terbaru ini mengisahkan Kak Marr (Che Ta) bekas jurusolek artis yang cantik, glamour dan terkenal dalam bidangnya itu. Namun setelah meningkat usia, Kak Marr mengambil keputusan untuk bersara dan pulang ke kampungnya.

kak marr, sinopsis kak marr,
Sumber gambar daripada google image

Di kampung, Kak Marr membuka sebuah gerai makan yang mendapat sambutan dan terkenal dengan Mee Udangnya. Kecantikan Kak Marr juga membuatkan seorang duda bernama Zolkifli (Redza Rosli) jatuh cinta tapi seringkali terlepas peluang untuk menyatakan rasa hatinya kepada Kak Marr.

Kak Marr turut menjual produk kecantikan dan ramailah juga orang kampung terutamanya golongan isteri dan gadis berpusu-pusu datang ke kedainya untuk turut menjadi cantik dan bergaya seperti Kak Marr.

Namun kerana kehadiran Kak Marr, telah membuatkan perniagaan Asmah (Izreen Azminda) yang menjual laksa semakin merudum. Tiada lagi pelanggan datang ke kedainya, jualannya juga tidak habis kerana semua orang bertumpu ke kedai Kak Marr.

Ditambah pula dengan hasutan-hasutan Kak White yang dengki dengan kejayaan Kak Marr. Kak White turut mencadangangkan kepada Asmah untuk berjumpa bomoh bagi merosakkan perniagaan Kak Marr.

Berjayakah rancangan Asmah untuk menjatuhkan Kak Marr? Saksikan celoteh Kak Marr, perangai gedik Asmah, ragam pekerja dan pelanggannya dalam drama keluarga komedi Kak Marr.

Biasanya... Slot iris memang tak menyempat aku nak tengok. Masa tayangannya... Waktu Maghrib di tempat aku... lepas tu pulak sibuk dengan suami dan anak-anak... Nak masak lagi. Huhu...

Nak tengok pun... Tunggu review dari peminat drama. Kalau best... Bolehlah layan drama Kak Marr online je.