Drama terbaru Isteri VS Tunang di Astro Ria | Satu lagi drama adaptasi novel berjudul isteri vs tunang, yang akan menggantikan drama Sha & Shah. Berdasarkan promo di tv, drama tersebut akan mula bersiaran pada 1 Februari 2016, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Sumber gambar daripada kakinovel

SINOPSIS DRAMA TERBARU ISTERI VS TUNANG
Berdasarkan info yang aku baca daripada beberapa buah blog, berikut adalah antara sinopsis yang terdapat pada novel isteri vs tunang... Yang mana mungkin dapat memberikan sedikit bayangan kepada peminat drama adaptasi... Bagaimana perjalanan cerita di sebalik drama berjudul isteri vs tunang.
    Insiden yang berlaku dengan Zaim, seorang lelaki yang angkuh di mata Alana membangkitkan kemarahan gadis itu lantas tanpa berfikir panjang telah mencabar lelaki itu untuk mengahwininya.
    Demi ego seorang lelaki, Zaim menyahut cabaran itu. Apabila fikirannya mula tenang, Alana tersedar yang dia telah mengambil tindakan yang bodoh dan meminta Zaim membatalkan rancangan peminangan. Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila kedua ibu bapanya telah menerima pinangan Zaim. Kehadiran Irfan Fakrul dirasakan tepat pada waktunya.
    Dengan bantuan lelaki itu, Alana meminta dia menyamar sebagai kekasihnya dan berjumpa dengan orang tua Alana bagi membatalkan pertunangan antara Alana dan Zaim. Bantahan daripada Encik Dahlan menyebabkan Alana terpaksa akur untuk mengahwini Zaim demi menjaga nama baik dua keluarga. Setelah berasa puas kerana dapat menyahut cabaran Alana, Zaim kembali menjalinkan hubungan dengan Amira Irdina, bekas tunangnya. Bagaimanakah kesudahan hubungan Alana dan Zaim?
    Mampukah bahtera yang didirikan atas dasar ego dan tanpa cinta berkekalan? Atau, berjayakah Amira menyingkirkan Alana dari kehidupan Zaim? Siapakah sebenarnya yang menjadi orang ketiga? Amira? Alana? Antara isteri dan tunang… yang manakah akhirnya menjadi pilihan? “Ketentuan yang tidak pasti… itulah meresahkan hati.”
BACA NOVEL ONLINE ISTERI VS TUNANG
Then, kepada yang suka baca novel online, sebelum berfikir nak membeli... Di sini aku juga ingin kongsikan link setiap bab... Iaitu dari bab 1 sehinggalah bab 10 untuk novel isteri vs tunang.

Bab 1 Isteri vs Tunang
Bab 2 Isteri vs Tunang
Bab 3 Isteri vs Tunang
Bab 4 Isteri vs Tunang
Bab 5 Isteri vs Tunang
Bab 6 Isteri vs Tunang
Bab 7 Isteri vs Tunang
Bab 8 Isteri vs Tunang
Bab 9 Isteri vs Tunang
Bab 10 Isteri vs Tunang


Biasanya tak feel sangat baca novel online. Nak kena jugak beli bukunya kan... Berdasarkan info yang aku baca dari laman kakinovel, novel isteri vs tunang yang mengandungi 448 halaman dijual dengan harga RM20 bagi semenanjung dan RM23 untuk di Sabah dan Sarawak. Sangat murah kan. Insya Allah... Chinese New year nanti nak jugak carik novel. Lama dah tak melayan novel. Dulu masa zaman anak dara... Kaki novel jugak tau. Hehe...