Drama Crush Next Door Di Astro Ria | mengisahkan pertemuan 3 kali tanpa sengaja membuatkan Hani jatuh cinta pada Zarif. Setiap kali berjumpa, pasti ada insiden yang mana Zarif akan jadi penyelamat Hani. Tu sinopsis pendek untuk drama crush next door yang aku petik dari blog infotaip.

Sumber gambar daripada google image

Alhamdulillah... Tengok promo pagi semalam terus set day and time bila crush next door bersiaran. Apalagi, jam 9 malam dah terpacak dah depan tv semata-mata nak tengok Nelydia Senrose dan Aiman Hakim Redza berlakon di Astro Ria. Pada aku, ia merupakan gandingan hero dan heroin yang sepadan. Pasti menjadi lakonan dorang. Haha... Andaian semata-mata before menonton. Sila jangan percaya ok. Tapi serius, ceritanya memang best... Sampaikan Cerekarama Pondok Senja lansung tak tengok.

Tak silap drama tersebut adaptasi cerpen Crush Next Door. Siapa yang ketinggalan tengok drama di tv... Boleh jugak baca online cerpen Crush Next Door. Rasanya ramai blogger yang berkongsi cerpennya di internet.

Tak pun, boleh tonton online Crush Next Door bila ada yang share videonya. Just google jer, confirm ada.

Apa-apa pun selamat berhujung minggu semua. Have a nice day :)