Salam maulidur rasul buat semua. Sedikit lewat untuk mengucapkannya. Kebiasaannya... Sambutan maulidur rasul, apa aktiviti yang korang buat?

Sumber gambar daripada google image

Hurmmm... Kalau di Spaoh, Sarawak... Bila menjelang maulidur rasul... Setiap masjid dan surau akan mengadakan majlis tahlil dan begitu jugak setiap rumah akan membuat majlis tahlil dan sedikit majlis makan sebagai tanda bersedekah.

Sepanjang bulan ni... Setiap surau akan mengadakan majlis tahlil dan makan bergilir-gilir. So, sepanjang bulan ni jugak akan ada undangan makan majlis tahlil. Huhu... Kalau yang rajin pergi tu... Confirm akan jarang memasak di rumah :)

Untuk kami... InsyaAllah weekend ni surau blok kawasan kami akan mengadakan majlis tahlil. Dengar-dengar pihak jawatankuasa surau sedekahkan kerbau. Tak silap seekor kerbau akan disembelihkan untuk dijadikan juadah majlis tahlil untuk blok kawasan rumah kami. Tu antara aktiviti maulidur rasul untuk tahun 2015 di kampung kami.