Episod 1 Tuan Anas Mikael. Seperti telah dirancang... Jam 10 line clear, Alia dan Ain pun dah tidur time tu. So, apalagi... Agenda menonton Tuan Anas Mikael sambil minum milo cicah biskut kering. Fuh! Memang fokus.


SINOPSIS EPISOD 1 TUAN ANAS MIKAEL
Untuk first episod... Tetiba makcik Su demam... Actually, makcik Su kira orang gaji di rumah Tuan Anas Mikael. So, Ayu Maisarah... Anak makcik Su terpaksa gantikan tempat makcik Su buat sementara waktu. Kira first time la Ayu sampai ke rumah Tuan Anas. Disebabkan sedikit kecuaian, Tuan Anas jatuh di tangga... Dan dia tidak kenal siapa Tuan Anas mikael... Disebabkam kejadian itu dia dianggap berhutang dengan Tuan Anas.

Malah... Disebabkan kejadian tu jugak, Ayu tak mahu ibunya bekerja lagi di rumah Tuan Anas. Sambil tu... Dia pun start mengintai peluang pekerjaan. Kemudian... Dia kembali lagi ke rumah Tuan Anas untuk membayar hutang. Namun Tuan Anas menolak... Sebaliknya Tuan Anas menawarkan kerja Tukang Cuci kepada Ayu. Pada mulanya Ayu menolak... Tapi setelah dipertimbangkan dia terima tawaran tersebut... Dengan gaji RM10 Ribu... Ayu dan ibunya Makcik Su kena pindah ke rumah Tuan Mikael.

Klimak episod 1 berakhir sewaktu ibu Tuan Anas datang ke rumah Tuan Anas. Apa yang berlaku seterusnya kenalah tengok episod 2 Tuan Anas Mikael malam esok.

First episod dah best... Mesti episod seterusnya lagi best. Haha...