Drama terbaru gantikan Plan Cinta Tak Jadi di Astro ria, setiap Isnin, 10 malam adalah berjudul Tuan Anas Mikael. Drama Tuan Anas Mikael akan mula ditayangkan pada   9 November 2015. Mean, malam ni merupakan episod akhir drama Plan Cinta Tak Jadi. Tak tengok sangat drama plan cinta tak jadi... Bukan apa tak minat lakonan Fatah Amin. Haha... Boleh pulak gitu... Biasalah manusia... Lain orang, lain minatnya. Masing-masing ada pendapat sendiri right.

Ok... Haritu tengok iklan kat tv... Hero drama Tuan Anas Mikael adalah Aaron Aziz. Dulu... Masa dia digandingkan dengan Siti Saleha dalam drama Nora Elena... Fuh! Memang meletop drama tu. Kali ni... Dalam drama Tuan Anas Mikael, dia akan digandingkan dengan Zara Zya... Tu berdasarkan info yang aku dapat daripada laman Infotaip. Drama ni pun dikatakan juga adaptasi daripada sebuah novel berjudul Tuan Anas Mikael. Ramai yang kata novelnya best... Tu pun... Aku dapat tahu daripada para blogger yang suka baca novel. Hehe...

Selain tu jugak, antara para pelakon lain yang turut membintangi drama Tuan Anas Mikael adalah seperti Shah Rezza, Wan Sharmila, Normah Damanhuri, Raja Ilya, Emelia, Sarah Anne dan Fazlina Ahmad Daud.

Sumber imej daripada google image

SINOPSIS DRAMA TERBARU TUAN ANAS MIKAEL
Berdasarkan apa yang aku baca dari laman infotaip, Sinopsis drama Tuan Anas Mikael mengisahkan tentang Tuan Anas Mikael yang telah diberikan tempoh 3 bulan oleh Puan Sri Tengku Anansa untuk mencari seorang wanita yang sempurna. Jika tidak, dia akan disatukan dengan calon pilihan Puan Sri iaitu Safra Ariana yang merupakan cucu kepada Tun Akhiruddin.

Selepas 2 bulan berlalu, Tuan Anas Mikael gagal mencari seorang wanita yang sempurna. Dia kemudiannya membuat perancangan menjadikan Ayu Maisarah yang merupakan anak tukang cuci di rumahnya sebagai calon pilihan. Ayu terpaksa menjalani pelbagai latihan persiapan diri tanpa mengetahui tujuan sebenar Tuan Anas Mikael. Ayu Maisarah sekadar menurut kerana menyangkakan Tuan Anas Mikael ingin memilihnya sebagai pengurus projek di Krabi.

Dalam masa yang sama, Tuan Anas Mikael tidak mengetahui bahawa Ayu Maisarah sebenarnya menyimpan satu rahsia besar dan bersetuju dengan penyamaran tersebut kerana tidak mahu rahsia itu terbongkar.

Dalam tempoh penyamaran sebagai kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh hati. Namun, Ayu Maisarah tidak mahu peristiwa lama berulang kembali, jadi rasa cintanya itu tidak pernah diluahkan kepada Tuan Anas Mikael.

Suatu hari ketika di Krabi, Tuan Anas Mikael sendiri yang meluahkan rasa cintanya kepada Ayu. Tapi, Ayu menolaknya.

Apakah kesudahan kisah cinta Tuan Anas Mikael dan Ayu Maisarah? Bagaimana plot ceritanya... Kenalah tonton drama Tuan Anas Mikael sendiri. Tapi kan... Kebiasaannya, kesudahan drama Melayu mesti happy ending kan...

Wallahu'alam ^_<.