VH Green Nature Park, Matang Sarawak. Actually... Ni kisah cuti raya haji. Petang raya haji... Sekitar jam 2 petang gitu... Kami 4 beranak gerak pergi ke Kuching untuk jenguk keluarga mertua. Almaklumlah... Waktu cuti je berkesempatan jenguk dorang.

Sampai je jam 7 malam gitu... Terus singgah Giant batu 10, Kuching. Misi mencari cocoa colagen adik. Sekali tak jumpa... Lain pulak aktiviti kami 4 beranak... Haha. Shopping pakaian Alia dan Ain. Sekali bayar mak aii... Mencecah RM200++. Then... Terus balik. Ain pun dah tunjuk perangai. Tak mandi lagi. Sampai rumah... Lepak kejap dengan family... Then, terus masuk tidur.


Esoknya Jumaat. Seperti biasa... Kaum Adam akan menunaikan solat Jumaat. So, tiada planning untuk ke mana-mana. Lagipun, jerebu di Samarahan paras tak sihat. So, lepak jelah kat rumah.

Sbtunya... Seperti yang dirancang sebelum cuti. Konon nak bawak Alia dan Ain tengok kuda. So, pergilah ke VH Green Nature Park, Matang Kuching. Actually, ia merupakan satu taman rekreasi bagi mendidik pengunjung mengenai amalan kitar semula bahan terbuang.

Konsep kitar semula ditekankan di seluruh kawasan taman supaya pengunjung boleh melihat bagaimana barangan dikitar semula seperti tayar lama menjadi kotak tanaman dan tempat letak basikal serta botol plastik bagi mengantung tanaman dan kawasan taman tersebut juga dibahagikan kepada kawasan bangunan utama, tempat permainan kanak-kanak, sudut jagung, dusun buahan, kebun organik, kebun herba, kawasan mennjual makanan dan minuman, rumah ladang dan stor.

BERAPAKAH BAYARAN MASUK KE VH GREEN NATURE PARK, MATANG KUCHING

Alhamdulillah... Pada aku kadar bayaran masuk ke VH Green Nature Park, Matang Kuching berpatutan iaitu RM9 bagi orang dewasa, RM7 bagi kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas dan tiada bayaran bagi bayi. If nak naik kuda. Kena extra bayar sebanyak RM10 seorang.


Nak dijadikan cerita. Hubby bagi Alia naik kuda. Ingatkan Alia takut... Rupanya tidak. Ain pulak terlebih teruja bila tengok si kakak naik kuda. Kemain lagi mulut dia becok cakap entah apa-apa... Haha. Bahasa Jerman kot.

Selesai naik kuda... Kami ronda satu taman. Actually, taman VH still dalam proses pembangunan. Nanti kalau betul-betul dah siap... Aku rasa mesti lagi... Lagi cantik. Pastu tiket masuk pun mesti naik jugak... Sebab last month... Adik-adik ipar aku pergi... Masuk baru RM5. Dan... Hari Sabtu tu kami pergi... Naik pulak pergi RM9. Huhu...

Tu bab Alia naik kuda dan harga tiket masuk di taman VH Green Nature Park. Bab tengok binatang dan contoh-contoh bahan terpakai nanti aku story lagi ok. Penat... Menaip guna note. Haha...