Drama terbaharu arahan Raja Ahmad Alauddin berjudul 'Mencintaimu' akan mengisi slot Akasia TV3 menggantikan Syurga Nur yang telah berakhir dengan episod terakhir petang semalam. Seperti dah dijangka... Syurga Nur pasti berakhir dengan kegembiraan.


Bercakap pasal drama terbaru gantikan Syurga Nur, Pelakon utama untuk drama ini ialah gandingan Sharnaaz Ahmad dan pelakon kacukan Melayu-Australia iaitu Zahirah Macwilson. Zahirah Macwilson merupakan anak kepada bekas pelakon dan penyampai TV3, Zainol Johari Macwilson. Turut dibintangi oleh Sasqia Dahuri, Sarah Anne, Niezam Zaidi, Aleza Shadan dan ramai lagi.

WATAK PELAKON DALAM MENCINTAIMU
Sharnaaz Ahmad sebagai Watak Hisyam
Zahirah Macwilson sebagai Watak Anissa Zali
Sasqia Dahuri sebagai Watak Aimi
Sarah Anne sebagai Watak Tengku Asyikin
Niezam Zaidi sebagai Watak Helmi Yusof
Hafizul Kamal sebagai Watak Firdaus
Fikhree Bakar sebagai Watak En Muaz
Aleza Shadan sebagai Watak Datin Aida
Musthapa Kamal sebagai Watak Dato Hanafi
Nina Juren sebagai Watak Puan Sri Mel
Afzan A.Rahman sebagai Watak Dr Akmal
Ruzana Ibrahim sebagai Watak Amelia

SINOPSIS DRAMA MENCINTAIMU, SLOT AKASIA TERBARU TV3
Drama mencintaimu mengisahkan tentang Anissa yang begitu teruja bila mendapat peluang untuk menyambung pengajian di sebuah universiti tempatan. Sebelum ini Annisa telah bekerja selama dua tahun untuk menampung berbelanjaan pengajian dan keluarganya.

Ketika sesi suai kenal di universiti, Anissa mula tertarik pada seorang pelajar lelaki yang bernama Hisham Dato Hanafi. Hisham dan sahabat baiknya Helmi selalu membuli Anissa. Suatu hari Hisham dicabar oleh kawan-kawannya untuk membawa Anissa keluar. Tetapi pelawaan Hisham ditolak Anissa.

Akibat dari insiden itu Hisham cuba menyiasat latar belakang keluarga Anissa. Dia mendapat tahu bahawa ibu Anissa sebenarnya adalah pembantu rumahnya. Selepas itu Hisham mula merendah-rendahkan Annisa. Mereka kerapkali bergaduh. Tetapi dalam diam bermulanya bibit-bibit cinta.

Suatu hari Helmi merancang untuk mengenakan Annisa. Perancangan jahat itu telah menyebabkan Annisa dirogol oleh Hisham. Selepas tragedi hitam itu, kehidupan Annisa berubah setelah dia dibuang dari universiti.

Beberapa tahun berlalu, Annisa telah berubah penampilannya. Dia kini bekerja di syarikat keluarga Hisham. Annisa dan Hisham berdepan dengan pelbagai rintangan tetapi akhirnya mereka bersatu juga dan dikurniakan seorang anak bernama Fayad.

Muncul pula Asyikin yang sentiasa mengeruhkan perhubungan mereka. Asyikin adalah tunang Hisham sejak mereka kecil lagi.

Apa akan terjadi kepada perhubungan Annisa dan Hisyam? - Sumber infotaip