Persiapan raya seharusnya ada... Begitu jugak dengan persediaan balik raya. Dengar cerita... Minyak kereta akan naik pada first day raya. Betul ke tidak... Wallahu'alam. Tapi... Itu bukan penghalang untuk balik beraya.

Sebut pasal persediaan raya... Seperti pernah aku katakan sebelum ni... Raya tahun ni... Giliran beraya rumah mak mertua. Sempat jugak sediakan sedikit biskut dan kuih traditional sebagai buah tangan. Insya Allah, kami berempat akan memulakan perjalanan balik rumah mertua sahur nanti. Doakan kami selamat sampai dan balik yer. Tahun ni... Cuti sekolah tak lama. So, Isnin balik pulak ke rumah mak aku. Huhu...

Raya tahun ni... Tahun pertama untuk Ain. Entah! Apalah reaksi Ain nanti yer bila tengok ramai ahli keluarga yang datang berziarah. Yelah... Ain berperangai pelik sikit. Bila orang tu first time dia tengok. Confirm! Menangis. Dahlah... Jenis keluarga mak mertua aku suka berziarah bila raya. Kadang tu dari pagi sampai ke petang. Huhu... Bersabar jelah nantinya. Harap-harap Ain tak meragam.

Harini... Hubby ke Betong untuk service kereta. Biasalah, perkara utama yang wajib dilakukan before memulakan sesuatu perjalanan jauh. Aku pulak... Sibuk mengemas pakaian dan apa yang patut untuk dibawak. Biasalah... Ada budak kecik. Kena packing awal. Kalau tak... Nanti, ada pulak barang yang tertinggal. Bukannya dekat Spaoh ke Kuching. Beratus kilometer tu. Tak sanggup aku nak patah balik semata-mata nak ambik barang yang terlupa.

Part baju raya... Semua dah settle kecuali tudung Alia. Ingat nak cari tudung untuk dia nanti bila sampai di Kuching, Insya Allah... Bukan apa... Cuba untuk melatih Alia bertudung... Tapi takdelah sampai memaksa dia.

Tapi kan... Serius... Tahun ni, macam takde mood untuk beraya. Tak tahu kenapa?