Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Lobak masin ikan bilis | Tetiba teringin nak makan menu dalam pantang. Hehe. Nak buat tersangatlah mudah. Bahan pun sikit. Lobak yang telah dimasinkan... Ikan bilis yang telah dikopek, Halia, bawang putih dan cili dihiris halus. Dah siap pekena pulak dengan ajinomoto ataupun gula. Tak letak pun boleh.


Just goreng ikan bilis. Then... Gorengkan bahan dan masukkan lobak masin. Mudahkan. Menu ni antara menu mudah mak sediakan kat aku masa dalam pantang. Ikan... Makanan laut semua memang mak tak bagi makan. Takut jahitan lambat sembuh. Betul atau tidak... Wallahu'alam. Tapi setakat dua orang anak... Alhamdulillah. Empat hari berpantang... Luka jahitan dah ok dah. Ayam, sayur dan buah mak benarkan aku makan... Biasalah aku. Penakut punya pasal... Setiap apa yang mak sediakan... Alhamdulillah. Boleh je telan. Hehe...

Tiba-tiba mengimbau masa berpantang pulak yer. Teringin punya pasal... Sabar jelah... Dengan entri merapu aku. Biasalah... Kekadang tak semua kita ingat. That why... Cerita dulu boleh jadi cerita sekarang... Padahal... Kisahnya hanya berkisar tentang menu. Huhu.