Ajak jiran berbuka itulah aktiviti family aku harini. Alhamdulillah 30 lebih orang jugak yang datang. Juadah pun mak masak sendiri. Antara juadah yang mak masak...

Sayur Kacang Kari Ayam

Sayur Bumbu Pedas

Ikan Masak Masam Manis
Agar-agar strawberi kurma

Alhamdulillah... Tu 4 daripada 7 juadah yang kami hidangkan kepada tetamu. Selesai je majlis... Kami adik-beradik sama-sama mengemas... Yang tak sembahyang terawihlah yang kena buat. Huhu...

Alia punya gelagat memang peramah. Lansung tak takut pun nak berbual dengan tetamu... Nak-nak ada duatiga orang anak jiran yang datang. Dapat kawan... Makan pun kemain berselera. Bertambah-tambah nasi. Tapi... Dalam kuantiti sikit ok... Bukan macam orang dewasa berpinggan-pinggan. Haha...

Ain pulak... Lansung tak nak berenggang dengan aku. Bila jiran try nak ambik dia... Mulalah tunjuk muka. Nasib baik dah tahu stail dia... Laju-laju pujuk. Sabo jelah ^_<.