Agar-agar Nescafe 3 In 1 berlapis susu cincau, resepi entah main bantai. Haha... Even main campak. Tapi sedap... Itu encik suami yang kata. Adik pun sama. Malah... Alia asyik mintak. Bermakna sedaplah tu. Tapi serius... Pada aku, lagi sedap daripada agar-agar oreo berlapis milo seperti yang pernah aku kongsikan resepinya DI SINI.



Alhamdulillah... Habis time berbuka. Nak buat... Teramatlah mudah. Bahan-bahan pun sikit. Cuma perlu ada 1 gelas agar-agar tali yang telah dicuci. 3 gelas air, 1 gelas susu cair, 3 paket nescafe 3 in 1, 1/2 gelas cincau dan 1/2 gelas gula.

Nak membuatnya... Berikut adalah caranya:-

  • Panaskan 3 gelas air dan masukkan susu dan gula. Gaul sehingga kelihatan pekat.
  • Bahagi kepada 2 bahagian. 1 bahagian still dipanaskan dengan api yang kecil. 1 bahagian lagi digaul dengan 3 paket nescafe 3 in 1 dan biarkan sejuk.
  • Bila hampir sejuk. Masukkan bahagian susu yang ditinggalkan dan taburkan cincau di atasnya.
Tips untuk membuat lapisan agar-agar supaya melekat sekiranya lapisan sudah pun keras. Just... Carikkan permukaan agar-agar dengan garpu. Insya Allah, lapisan yang akan dituang ke atasnya akan melekat.

Senangkan. Semudah ABC...