Assalamu'alaikum
Menu berbuka yang sangat ringkas dari aku. Itulah kebiasaan family aku. Bulan puasa ke... Tak bulan puasa ke... Juadah tetap simple. Malah... Cukup-cukup untuk 8 orang. Memang bajet betul-betul dulu before masak. Haha... Itu semua mak yang tentukan. Dah terbiasa buat cathering... Jadinya sikit sebanyak tahulah nak bajet makanan tu macam mana. Bukan kes kedekut... Jauh sekali. Malah... Ada jugak untuk disedekahkan dengan jiran. Setakat harini dah masuk hari keenam berpuasa... Alhamdulillah, takde lagi rezeki untuk tong sampah. Semuanya licin...




Bercakap pasal menu. Harini 3 menu je juadah kami. Cekodok kacang panjang, ayam masak hitam dan ayam masak kari sayur kacang. Hehe... Kenapa banyak versi ayam? Biasalah kalau dah ramai... Macam-macam permintaan ada. Ikut suara majoriti... Akhirnya terhasillah dua menu berbeza, tapi... Bahan yang sama. Boleh!


Part cekodok... Petua nak bagi cekodok lembut walaupun dah sejuk, just masukkan sedikit serbuk penaik. Insya Allah akan lembutlah cekodok nanti. Alhamdulillah... Begitulah antara menu ringkas kami...