Assalamu'alaikum
Majlis tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa kali ke-57 1436H/2015M dah pun start semalam di tv1 sehingga 14 Jun 2015. Alhamdulillah... Berpeluang jugak tengok even dok sibuk tidurkan Alia dan Ain. Nampaknya... Tema tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa tahun ni adalah perpaduan nadi transformasi negara.



Pada tahun ni... Malaysia akan diwakili oleh johan qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-58 iaitu Wan Ainuddin (Kelantan) dan Siti Husnaa (Pahang).

Semoga Malaysia mendapat tempat untuk pertandingan kali ini. Amin...

Bila dah start tilawah ni... Terasa sudah bulan puasa. Tak sabarnya menunggu ramadhan yang mulia. Rindunya...