Assalamu'alaikum
Episod 6 dan 7 Dia.. Isteri Luar biasa, aku ketinggalan. Al-maklumlah, bila ada suami dan dua orang puteri. Pelbagai karenah harus dilayani... Sudahnya, aku lansung tak berkesempatan nak menonton mahupun record. Takpelah... Nanti if ada masa, boleh je tonton online... Right! Tak perlu rasa rugi. Family harus diutamakan. Betul tak?


Sumber dari google image

Tapi untuk episod 8 Dia.. Isteri Luar Biasa harini, sempat jugaklah tengok. Nampaknya Dewi Yusra dan Dr. Raden Amzar dah tinggal serumah walaupun tak sebilik. Mereka membahasakan diri mereka... Wife dan husband. Even macam pelik... Tapi, semakin menarik. 

Dr. Raden cukup baik untuk Dewi. Walaupun Dewi sering berpura-pura mengigau berjalan. Namun, Dr. Raden menjaga Dewi sebaik mungkin. Tapi kan... Kalau Dr. Raden tahu yang Dewi berpura-pura mengigau. Mesti marah... Haha... Lakonan semata-mata.

Sampai satu tahap... Dewi Yusra berpura-pura mengigau dan berjalan... Akhirnya tidur di sebelah Dr. Raden. Disebabkan selalu sangat kot... Dr. Raden membiarkan sahaja. Tapi... Yusra berpura-pura pulak marahkan Dr.Raden... Konon-konon sengaja angkatkan dia. Pulak dah... Padahal dia suka sebenarnya. Yelah! Matlamat dia kawin dengan Dr. Raden pun nakkan zuriat saja kan...

Mesti next week punya episod... Dewi dah mengandungkan. Haha... Tak pun, Dr. Raden bawak Dewi jumpa family dia. Hurmmm... Nak tahu kesudahan ceritanya... Boleh je baca novel online dia.. Isteri Luar Biasa. Just google, mesti jumpa punya.

Tapi... Aku ni jenis lebih suka tengok dulu baru baca... Sebab, kalau dah baca... Macam dah tahu jalan cerita. Mesti macam malas nak tengok. Huhu... Tu sekadar pendapat aku saja ok.