Assalamu'alaikum
Alhamdulillah... Di atas peluang dan ruang yang ada untuk aku terus berkongsi cerita. Bila minat menebal, pastinya aku akan mencuri masa untuk mengarang sesuatu.

Now, aku tengah upgrade blog aku. Just nak bertukar angin katanya. Hehe... Guna free responsive template je pun dari google. Walaubagaimana pun... Lupakan dulu pasal tu. Tapi, kalau tengok blog aku agak berserabut tu faham-faham jelah yer. 

Semalam punya cerita, before start dengan projek mencantikkan blog... Sempat jugak tengok sambungan episod 5 drama hati perempuan.

Dalam episod 6 drama hati perempuan semalam, akhirnya Tengku Zaril dan Yuhanis diijabkabulkan dengan kehadiran semua family Tengku Zaril... Termasuklah 2 orang adiknya yang baru balik dari London.

Namun... Part yang tak best... Muncul pulak Ku Lin iaitu seorang perempuan yang pernah menyukai Tengku Zaril suatu ketika dulu. Berangan-angan untuk memusnahkan kehidupan Tengku Zaril yang mana dia tidak mahu mana-mana perempuan mendekati atau mengahwini Tengku Zaril. 

Adakah Ku Lin akan menjadi perosak rumahtangga Tengku Zaril dan Yuhanis?. 

Kenalah tengok episod 7 malam ni.